Friday, January 16, 2009

Blrrrrrr.....Sejukkkkkkkk!!!

Sejuk. Minggu ni sejuk sangat lagi. Sejak hari Rabu. Rabu tu patut hantar anak ke kelas, saya tak kuasa. Hari ni sejuk masih tahap melampau. Tahap maha (pinjam kata Kaca). Abuzaid keluar ke masjid sembahyang Jemahat. Balik je, Abuzaid cakap, "Huh..!! teramatlah sejuknya!!"... Tahun ni memang luar biasa sejuknya.

Kesian orang2 yang homeless tu (kesian lagi kat saudara2ku di Palestine.. ). Shelters mmg banyaklah yang kena buka time gini. Baca novel The Street Lawyer hari tu, boleh bayangkan macamanalah hidup mereka time winter gini. Kena pulak suhu turun sampai -15 deg C. Dengan angin, -35!! Agaknya ginilah rasanya kat Kampung Beruang Polar tu... blrrrrr....sejukkk!!!


Pulak tu, rupa2nya banyak kawasan yang kena blackout sejak semalam. Sebabnya baca sini. Kami alhamdulillah tak bergelap. Minggu lepas ada juga lampu tetiba padam sesaat. Selalunya begitulah. Blackout paling teruk, tahun 2003. Lebih 12 jam.

Kesian sungguh pada yang tak de letrik (kesian lagi kat saudara2ku di Palestine ). Majlis perbandaran dah buka banyak tempat untuk penduduk yang terlibat memanaskan badan. Ada juga yang jadikan mall tempat mereka "berdiang". Jangkaannnya elektrik akan ada semula malam ini,InshaAllah.

17 comments:

benludin said...

selalunya time gini la warga2 tua yg tak berdaya menemui Tuhannya

Anonymous said...

maksudnya yg homeless tu ke?

benludin said...

bkn yg homeless...yg kat rumah pun.sbb tak tahan sejuk

ubilepih said...

wa kat tmpat dewa air ni pun dah dua lapis baju and siap pakai stokin tido malam sbb sejuk..puan di sana apa lagi lah sejuknya yek.. tapi saya teringin nak tido dalam igloo..ha..ha

Anonymous said...

pakcik ben..

tak de plk dgrnya..biasa majlis bandaran pastikan yg terlibat selamat dan selesa, deme tak nak org saman..

bro ubi duk ataih bukit tinggi ek..
daya ke? nak tdo dlm igloo..hehe...

INTAN RH said...

Bro ubi, koi slalu tido pakai stokin time koi dlm pantang...heheh

kj, buat para kayu...boleh bersalai time sejuk... :)

Anonymous said...

tak leh aida..
berasap2 gitu nanti bingit tinge dengor bunyi jerit pengesan asap tuh...

IKRAB family said...

saya kat sini dlm opis pun dah rasa mcm kutub utara cemanalah homeless people kat sana dlm cuaca mcm ni yer?

INTAN RH said...

KJ, koi bersalai guna dapur arang jek. Bior dia jd bara...

Anonymous said...

sis purple..

tak tahu lah kenapa dorang pilih nak jd homeless.. kak mmg tak faham betul..

aida..

kata org lps bersalai, rasa ringan bdn..ye ke? Kak tak penah bersalai.. ingat lps bersalin yg ke4 nak gaklah tp dah kena c-sec, tak leh bertungku pastu sibuk urus nak balik sini semula terus tak jadi...

IKRAB family said...

kak, menjadi homeless tu pilihan depa ke?terfikir jugak ramai sgt ke yg susah di sana?

Anonymous said...

some, yes sis...

some mmg tak mampu nak sewa rmh..

tp tu pun kak tak pasti sbb pe kerana setahu kak sini welfare ada shelters yg bukan saja individu blh menumpang tp family jg..sblm mrk dpt rumah utk yg berpendapatan rendah..

biasanya rmh kerajaan lah..

nak kata yg ssh tu hanya homeless tak leh gak sis sbb baru2 ni ada baca, ramai yg dlm kategori "kebuluran"..ada jg antara mrk yg ada rmh..cuma pendapatan mrk rendah atau tak de kerja langsung...

ubilepih said...

ha..ha..ha saya bawak heater la kot.

Anonymous said...

uuuu...seram sejuk rasanya tatkala membayangkan suasana sejuk tersebut..

Anonymous said...

bro ubi..

"extra heater" .. :D
kalau buat igloo dpn rmh kome ni leh gak tarik wayar dr rmh..

Bro jp..

seram sejuk takut ke?
hehe...

Anonymous said...

Etra Heater..ha..ha..ha amik INUIT tu je buat heater kut..ha..ha..ha..
Homeless ni kekadang yang Achololic,drug..dan ada yg sedih akibat peceraian si lelaki jdi bankrap pun ada...Nampak je indah dlm system deme tu but if we go deep into the sosiety byk porak perandanya..tu lah Islam tu la yg terbaik untuk manusia..

ummzaid said...

betul sangat tu bro ubi..

sebut pasal cerai, ramai jg lelaki yg masuk jel sbb children support ni.. dan kita pun kengkononnya ambiklah contoh mereka atas alasan mereka ni bertamadun sgt2lah...padahal Islam dah ada semua tu..