Tuesday, January 27, 2009

Berita 2

1. Makcik (Mama Umeya)yang koma di dalam n3 lepas, meninggal dunia kelmarin (Ahad). Hari itu kami tak jadi pergi menziarah Mama Umeya di hospital. Tinggal Baba Umeya. Tahun lepas anak lelaki dia pegi menyambut panggilan Ilahi. Innalillaahi wainna ilaihi raajiuun..

2. Di dalam blog yang saya delete hari tu ada cerita berkenaan jiran yang dibunuh. Mayatnya dijumpai di dalam semak ditepi jalan keretapi di sebelah kompleks perumahan ini. Minggu lepas, Abuzaid bagitahu, pembunuh2nya (2 orang) dah ditangkap. Beritanya di sini. Dahulu, saya jangkakan tentu budak2 geng lepak yang punya kerja. Tetapi rupa2nya bukan. Kedua2nya pernah duduk di kompleks ini juga.

Minggu lepas, sempat berborak dengan Zenith (balu simati). Jumpa dia dengan 3 orang anak2 yang masih kecil dlm perjalanan saya balik dari bilik basuh kain. Sempat saya tanya apa motifnya suami dia dibunuh, tapi kata Zenith, polis tak nak bagitahu sampai kes ini dibicarakan dimahkamah. Dia kata dia takkan tunggu polis dtg bagitahu tapi dia sendiri akan pegi ke mahkamah untuk dengar sendiri.

Baca kat sini. Kesian tengok Zenith ni. Nampak badan dia makin susut sejak kematian suami ( makin cantik.. ). Dah kerja. Dulu dia duk rumah je. Hari jumpa dia tu, dia bagitau nak ke Honest Ed (tempat saya buat ceminmata tahun 96, pakai sampai le .. ) sebab kat situ ada sale. Jualan murah. Ubat gigi boleh dapat dalam seposen, stokin dalam doploh lima sen. Jauh Honest Ed tu dari tempat kami. Tambah pulak sejuk, malam pulak tu. Dia kata dia tunggu anak dia yang besar (sulung) tu balik jaga adik2 baru dia bole pegi. Kesian kan..

9 comments:

ubilepih said...

SIMPATI SYA BUAT SI BALU ZENITH

benludin said...

zenith tak keje?

Anonymous said...

mmg kesian kan bro ubi....

dia keje ben..

INTAN RH said...

Life goes on kak, itu la yg perlu kita tima. Maybe dia perlu sibukkan diri, baru la tak memikir yg bukan2. But, dia msti seorg yg tough kan.

Anonymous said...

betul tu aida..dia pun ada kata, ada reporter dtg nak interbiu dia pun dia tolak ..dia kata tak nak duk flashback semua lagi dan lagi....

keje, mmg kene keje..kalau tak siapa nak bg makan anak2?

kalau ada welfare pun anak kecik sekali dah masuk 2 tahun, nak tak nak kena keje...

Anonymous said...

sis hidup ini tinkah bertinkah antara suka dan duka,,

Anonymous said...

betul sangat tu bro..

IKRAB family said...

alfatihah buat mama umeya.sedih kisah Zenith tu.naperla sampai berbunuh2 tu.

Anonymous said...

alhamdulillah, mama umeya dah selamat bersemadi..

abuzaid kata begitu ramai yang dtg masa sembahyang jenazah..hampr 6k org..mashaAllah..

mama umeya mmg semua kenal, amat baik orangnya...

semoga rohnya di tempatkan Allah bersama2 org2 yang soleh/ah.. ameen..

zenith kata..

salah sorg pembunuh tu, rupanya jiran sini yang belikan suit utk graduation day anak lelaki besar dia..

jiran tu pindah dr sini 2 bulan lps suami zenith dibunuh..