Thursday, February 26, 2009

Panggilan Tag

Dengan adanya "ajaran rebel" Pakcik benludin boleh jwb tag ikut sukahati dan diizinkan pula dek tuan bagi tag, Datin Sr Intan rhAida, maka saya menyahut panggilan. Nak bayar hutang la ni.... :D


Gambar yang ada dlm folder nombor 2 saya. Model sambilan dengan bergayanya sedang mempromote hasil "collage" dia yang dihasilkan dengan bantuan kakak dan emaknya.

Pokok epal tu si model lukis sendiri. Batang pokok tu guna paper bag bekas cornmeal muffin, baba si model beli kat Coffee Time. Recycle..daripada buang gitu je kat tong sampah elok dikitar semula. Go Green kan.... Daun dengan buah epal tu pulak, tampal2 dengan construction papers.

Si model ni suka sangat dengan hasil kerjatangan dia tapi tak nak jd selebriti .. tu yg menyorok belakang collage.. :)

Mengikut aturannya tag ni saya bagi pulak lah kat... sesiapa saja yang suka rela nak membuatnya. Lepas ni tolonglah jangan tag saya lagi.... tak nak dah...

Sunday, February 22, 2009

Tag



Puan Sri Intan Berlian rh telah me-name kan saya dengan TAG. Assignmentnya..

Instructions:
Go to your photos folder in your computer.
Go to the 6th folder of photos.
Go to the 6th picture in that folder.
Put the picture on your blog and description of it.
Invite six friends to join the challenge.
Link them in your blog and let them know they have been challenged.


Malangnya saya cuma ada 2 photo folders + 1 folder sample picture. Betul ni tak tipu punya. Nak tunjuk isi My Picture tak reti.

So, Aida, kj tak layak lagi lah nak jwb tag ni..kak simpan dulu la soklan ni ye.. Nanti dah ada 6 folders baru kak jawab, InshaAllah. Ok kan...?
Oleh kerana itu juga maka saya simpan juga 6 lg tag lelain tu. Untuk sementara... :)

Come and Join This Giveaway

Hadiah2nya tersangatlah cutenya...




The giveaway is here..
She has a very creative hand... Masha Allah...
I love craft. Terutama tote bag. Dah banyak link blog yang tunjuk cara2 buat tote saya simpan. Nak juga mencuba membuatnya one of these days. Suka kerja jahit menjahit.
So gals (bro ubi, jp, pokcik ben, Tuan TJ pun boleh...:) )...lets join the giveaway contest. Just for fun :).










Saturday, February 21, 2009

Chomsky On Israel Is A Terrorist State

Saya suka baca atau dengar komen2 dari Prof Chomsky. Terutamanya berkenaan "ke- atrocity-an" USA dan Israel. Mula berminat dengan Prof Chomsky bila heboh di internet peristiwa "September 11" sebenarnya adalah "an inside job".

Katalah itu semua conspiracy theory macamana pun, saya percaya dengan komen Prof Chomsky dan juga ramai lagi rakyat USA sendiri. Dengan bukti2 dan hujah2 mereka yang tidak boleh tidak, bila difikirkan, amat munasabah bagi saya.

Bin Laden bagi saya ialah mujahiddin. Dia ikut berjihad di Afghanistan dan negara2 Islam lain semata2 kerana ingin berjuang bersama2 saudara2 Islam yang lain. Inginkan SHAHID. Menyerang USA -Twin Tower, White House dan Pentagon yang memang menjadi "centre of attraction" setiap hari, pada saya bukan "stail" dia. Kalau betul dia dan Al-Qaeda mampu berbuat begitu, mengapa Twin Tower? White House dan Pentagon tu ok la.. tapi Twin Tower? Saya nampak Twin Tower utk "publisiti" sahaja. Nak mengaitkan Bin Laden dgn publisiti.. I don't think so.

Berbalik kepada Prof Chomsky. Sebenarnya saya ingin menyokong 98% pendapat dia berkenaan Israel sebagai negara terrorist di dalam satu temuramah. Kenapa 98%? Nak tau, baca la terus... Linknya, hujung nanti lah saya letak. Letak linknya terus, nanti you all tak baca apa saya tulis ). Letih la ai you know, taip dan perah otak ni..(macam la you all tak leh skroll je kat link..bluwekk :D).

Meh saya c&p dulu the best part..


Voniati: On the other hand, Hamas has been accused of using human shields to hide and protect itself. Israel insists that the war was a matter of defense. Is Hamas a terrorist organization, as it is accused to be? Is Israel a terrorist state?

Chomsky: Well, Hamas is accused of using human shields, rightly or wrongly. But we know that Israel does it all the time. Is Israel a terrorist state? Well yes according to official definitions. I mean, one of the main things holding up cease fire right now is that Israel insists that it will not allow a cease fire until Hamas returns a captured Israeli soldier Gilad Shalit - he’s very famous in the West everybody knows he was captured. Well, one day before Gilad Shalit was captured, Israeli forces went into Gaza City and kidnapped two Palestinian civilians (the Muamar Brothers) and brought them across the border to Israel in violation of international law and hid them somewhere in the huge Israeli prisons. Nobody knows what happened to them since. I mean, kidnapping civilians is a much worse crime than capturing a soldier of an attacking army. And furthermore this has been regular Israeli practice for decades. They’ve been kidnapping civilians in Lebanon or on the high seas…They take them to Israel, put them into prisons, sometimes keeping them as hostages for long periods. So you know, if the capturing of Gilad Shalit is a terrorist act, well, then israel’s regular practice supported by the US is incomparably worse.


Nampak tu? Tak tertanding jahatnya. Apa tidaknya? Rampas harta, tanah Palestinians dan kemudian tindas lagi biar tambah sengsara. Nak bunuh terus macam Serbia buat kat orang2 muslim Bosnia agaknya takut kena mcm Milosevic (betul ke nama tu?). Jadi, baik tindas, sekat makan minum senang sikit. Kalau orang2 Palestine melawan, boleh lawan balik, kekononnya macam sekarang lah, Israel kata.."self defense..". Palestinians tak boleh self defense. "Buku" manalah org Israel dgn USA ni baca agaknya? Cis..!!

Okeh..c&p sikit lagi..

Voniati: Though of Jewish decent, you have been repeatedly accused of anti-Semitism. How do you respond?

Chomsky: The most important comment about that was made by the distinguished statesman Abba Eban, maybe 35 years ago, in an address to the American people. He said that there are two kinds of criticism of Zionism (by Zionism I mean the policies of the state of Israel). One is criticism by anti-Semites and the other is criticism by neurotic self-hating Jews. That eliminates 100% of possible criticism. The neurotic self-hating Jews, he actually mentioned two, I was one and I.F. Stone, a well-known writer was another). I mean that’s the kind of thing that would come out of a communist party in its worst days. But you see, I can’t really be called anti-semite because I’m jewish so I must be a neurotic self-hating Jew, by definition. The assumption is that the policies of the state of Israel are perfect, so therefore any kind of criticism must be illegitimate. And that’s from Abba Eban, one of the most distinguished figures in Israel, the most westernised … praised, considered a dove.


See that..apa saja komen pasal Israel semua salah. Semua tak betul. Mereka sahaja yang betul. Seterusnya komen saya would be the same as above..

Now, 2% komen Prof Chomsky yang saya tak setuju..

1. "I don’t like Hamas by any means, there is plenty to criticize about them,.."

Tak pe.. Hamas ke Fatah ke semua kena kritik. Tapi yang saya tahu Hamas jauh lebih bagus dari Fatah yang macam Mahmoud Abbas. Pada saya dia "talam 2 muka".

2. Voniati: How do you comment on the Davos incident concerning Erdogan’s verbal attack against Peres?

Chomsky: It was impolite. You are not supposed to behave like that at Davos.


Perlu ke sesiapa pun as a muslim, kena polite dengan orang yang terang2 tak mengaku salah menindas dan membunuh saudara seagama mereka sendiri. Bagi saya Presiden Turki did a very good job.

Okeh..Tu saja lah ulasan saya kali ini. Sebenarnya saya nak "kill time".. abuzaid dengan kawan dia tengah berborak kat bawah tu (rumah atas bawah). Tadi dorang makan dulu. Dah siap hidang saya dgn anak2 naik atas. Anak2 semua dah masuk tido. Abuzaid baru kejap tadi keluar hantar kawan dia balik. Saya pun kena turun lah..kemas2 apa yang patut sebelum saya pulak "landing time..." :).

Last but not least.. linknya ini dong...

Selamat membaca, selamat malam ( waktu sini), selamat berhari minggu (Aida..gi pekan sari dok?:D ) dan Assalaamu alaikum.

Wednesday, February 18, 2009

Hitler Mengamuk .. !!



Sebab dapat parking ticket.
Part yang paling kelakar..
"Its ok. He doesn't know it was you.." Haha...

Monday, February 16, 2009

Walau Pahit

Bukan.. bukan nak bercerita pasal makan peria atau daun mengkudu, tetapi nak bercerita pasal BERCAKAP BENAR. Bukan makan peria ke daun megkudu je terasa pahit kat tekak tapi kadang2 nak bercakap betul benar pun bukan saja terasa pahit tapi rasa macam ada benda tercekik di kerongkong.

Bercakap benar ni aliasnya ialah TIDAK MENIPU, BOHONG, KELENTONG atau kata orang koi, PEDO-OH. Siapa tak pernah menipu sepanjang hayat? Tak pernah pedooh walaupun sekali. Sekarang ni tak pernah menipu, dulu2 masa kecik2? Tak pernah jugak ke? Amboi..! Maksom bebenorlah deme.

Tak kiralah pernah menipu ke tidak ke saya bukan nak provoke atau cari pasal dengan sesiapa, cuma terfikirkan keadaan hari2 kita(manusia) yang kadang2 terpaksa TIPU SUNAT. Heh.. Tipu sunat ... tang manalah sunatnya kita menipu waktu itu?

Antaranya Rasulullah s.a.w bersabda ..

It is narrated from Ibn Mas'ud - Allah be well-pleased with him -- that he said: "Allah's Messenger said: 'You must be truthful! Verily, truth leads to righteousness, and righteousness leads to Paradise. One is ever truthful and pursues truthfulness until he is recorded, in Allah's presence, as most-truthful-and-trustful (siddiq). Beware of lying! Verily, lying leads to depravity, and depravity leads to Hellfire. One constantly lie and pursues falsehood until he is recorded, in Allah's presence, as a liar.'"

The above is narrated by al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, and al-Tirmidhi, who declared it sahih - the above is the latter's wording - as mentioned in al-Targhib and elsewhere.


Contoh, kisah yang berlaku baru2 ini.. pembantu rumah yang menyimpan bayi di dalam laci almari. Perlukah dia menipu majikan? Bolehkah dalam keadaan itu dia atau sesiapa sahaja menipu? Sunatkah dia menipu diwaktu itu?

Selalu sangat kita dengar atau baca manusia lebih takutkan manusia daripada takutkan Allah S.W.T. Hipokrit kah kita kalau kita kata kita lebih takutkan dosa daripada takut hilang pekerjaan? Hipokrit ke?

The Prophet Muhammad (peace be upon him) was asked: "Can a believer be a coward?" The Prophet said: "Yes." He was then asked: "Can a believer be a miser?" He replied: "Yes." And finally, he was asked: 'Can a believer be a liar?" The Prophet said: "No."

- Al-Muwatta, Volume 56, Hadith 19

1543. 'Abdullah ibn 'Amr is that the Prophet, may Allah bless him and grant him peace, said, "If anyone has four characteristics, he is a pure hypocrite, and if anyone has one of them, he has an aspect of hypocrisy until he gives it up: whenever he is trusted, he betrays his trust; whenever he speaks, he lies; when he makes an agreement, he breaks it; and when he quarrels, he deviates from the truth by speaking falsely." [Agreed upon]

Apa yang boleh difahamkan dari 2 hadith di atas? You tell me....

Orang2 tua kita dahulu juga sudah berpesan..

Siakap senohong
gelama ikan duri
bercakap bohong
lama2 mencuri

Ada kebenaran ke tak? Tentu ada kan? Ingat dulu2, masa kecik2, orang kata, kalau menipu nanti hari kiamat kena potong lidah. Takut sangat masa tu... sekarang?

p/s: terpaksa c&p hadith dlm BI sbb tersgt lah cepatnya kalau google dlm BI berbanding BM..

Saturday, February 14, 2009

Kini dan Semalam

Semalam..

Alhamdulillah, cuaca elok. Anak2 awal2 lagi dah siap sedia nak keluar. Siap tolong kemas rumah, basuh pinggan awal2 sebab dorang tau mak dorang tak kan keluar jalan2 kalau rumah bersepah.

Dah siap sembahyang zohor masing2 asik bertanya, bila nak keluar? bila nak keluar? Sampai kat library macam biasa. Anak dara mencari buku2 cerita. Adik dia mencari komik.




Tak sabar2 nak tengok/baca. Biarkan aje. Kalau kat rumah memang tak ada chance nak membaca sambil makan.




Anak kecik asik kata.. " Nak kopi.. nak kopi..". Kopi tak boleh, koko panas boleh. Donut pun tak habis makan.




Hala balik ke rumah, jalan raya amatlah sibuknya.



Kereta berbaris keluar dari Go Train Station parking lot.



Hari ni ..

Keluar ke plaza seberang jalan. Abuzaid nakkan ubat suntik untuk bahu dia yang sakit. Cadangnya esok nak bagi doktor suntikkan. Sampai kat farmasi, pharmacist kata ubat tu tak de. Ubat yang doktor prescribe ada anesthetic, yang dia ada, tak ada anesthetic. Dia tolong call ke farmasi satu lagi, juga tak ada. Lepas bla bla bla..call Abuzaid, bla bla bla..call klinik doktor (org tak angkat).. last2 dia cadang ambik dulu ubat yang dia ada. Esok tunjuk kat doktor...kalau doktor tak setuju, pulang semula ubat tu kat dia dan dia akan kenselkan jual beli.

Baik pharmacist tu, sudi tolong call sana sini. Dah pelanggan tetap dia, kena lah layan baik, kalau tidak nanti kurang pulak sorang.. eh, bukan...6 orang pelanggan dia.













Gambar2 ni ambik siang tadi. Salji hampir semua dah cair. Tinggal sikit2 dah jadi ais. Bahaya tu kalau pijak. Tergelincir, berdebuk, sakittt....

Sour Cream












Letak sour cream didalam cheesecake lebih sedap berbanding dari letak yogurt.

Thursday, February 12, 2009

Ribut Cuti Hari Keluarga


Pagi tadi angin ribut. Bukan ribut salji tapi ribut hujan. Kuatnya angin sampai bersiul2 dengarnya. Pokok2 melentuk2 pucuknya ditiup angin ribut. Alhamdulillah tidak ada yang tumbang. Macam dalam gambar. Gambar itu di ambil daripada sini.


Isnin depan cuti umum. Cuti Hari Keluarga. Tak tahu pulak ada Hari Keluarga. Betul, sejak anak2 bersekolah di rumah, saya kurang tahu pasal cuti2 khas umum. Kalau tak baca paper online atau pun dengar bunyi mercun ( Canada Day ) memang tak tau sampai sudah.


TV ada tapi kami tak tengok sebab kabel tak pasang. Guna antena dalam rumah, gambar tak terang. Sakit mata duk tengok gambar berbintik2. Lagipun memang sengaja tak nak pasang kabel sebab tau je lah rancangan2 TV sini, kalau tak dipantau, macam2 anak2 boleh tengok. Itu pun anak dara saya dah tau pasal Hannah Montana, Miley Cruz/Cruze(?). Dia kata Miley Cruz tu la Hannah Montana. Ye ke? Saya sendiri pun tak tahu.


Esok kalau cuaca elok dan ada izin Allah, saya nak bawak anak2 ke Library. Pastu ke Tim Horton. Nak pekena kopi perasa French Vanila, untuk anak2, cokelat panas dengan donut. Sian anak2 saya, sepanjang musim sejuk, boleh bilang dengan jari hari2 mereka keluar rumah. Tapi elok gak tak keluar, tak de lah mereka kena selsema, batuk teruk banding masa mereka ke sekolah dulu2, alhamdulillah.


p/s: Saya sambut Hari Raya Aidilfitri dan AidilAdha je...

A War Story



Semua rumpun bangsa dan negara ada sejarah perang. Akibatnya, suami terpisah dengan isteri, ayah dengan anak2, anak dengan ibubapa. Ada yang kembali semula kepangkuan keluarga dan ada yang tidak. Terpulang kepada qada' dan qadar masing2.

Sis purple..website ini ada banyak dokumentari menarik. May be good utk sessi dlm kelas.

Sunday, February 8, 2009

Friday, February 6, 2009

Al Kahfi

Sahih Muslim
Book 4, Number 1766:
Abu Darda' reported Allah's Apostle (may peace be upon him) as saying: If anyone learns by heart the first ten verses of the Surah al-Kahf, he will be protected from the Dajjal.

Life goes on. What ever happens, Dajjal is one of the trial that we/anak cucu are going to face. Teach and always remind our kids about this real danger for it is going to happen. Read surah Al Kahfi every Friday. Let us and them prepare for that, InshaAllah. May us all be safe from this false messiah...ameen.

Perak


Sayu hati baca catatan rampasan kuasa di Perak dlm blog Datuk Seri Anwar Ibrahim. Am telling you...hati ni membara bila tgk muka Najib. Peduli apa kakok sepupu koi dulu minat sgt dgn dia.. Peduli apa kalau dia jadi PM boleh majukan Pahang (sori Aida..). Tak jadi PM pun Pahang dah maju dah.

Hari tu, Harper (PM sini) ada juga nak kena undi tak percaya. Dia pegi jumpa Gabenor, mintok tangguuh sidang parlimen. Gabenor benarkan. Selamat dia. Lama mana tak tau lah... Tak de plk dgr ahli parlimen lain pegi beli Gabenor ke ahli2 parlimen lain semata2 nak turunkan tahta Harper (kalau koi tak jumpa berita tak tahulah..).


Bukan nak puji sangat org sini tapi kalau dah ada undang2nya dalam buku macamana nak ambik alih tampuk pemerintahan kenapa tak ikut? Kenapa plk ada sampai 2 cara nak ambil alih? BN buat cara lain, PKR buat cara lain. Habis tu rakyat?

Di Malaysia, kenapa org politik ni acted like mafia? Ingat rakyat ni hape? Sesuka je beli org tu org ni..ingat wakil rakyat tu wakil dia ke? Nak jadi PM, org kena tunduk kat dia. Orang lawan dia, sorok, ugut, dakwa. Tak pun bom! Sampai Sultan pun kena ikut cakap dia. Pelik betul. Sian rakyat Perak. Apa guna pilihanraya?

Teringat kat video Jack Otto (Forbidden Knowledge) (min 4:59) ..dia quote kata2 Stalin "those who cast their vote decide nothing, those who count the votes decide everything".. memang betul pun. Itulah yang sedang berlaku di Perak. Apa nak buat, ahli politik sekarang, tak kira memana pun, semuanya crooks.

Monday, February 2, 2009

Ceramah Free



Hari ini pergi dengar ceramah berkenaan perkembangan percakapan dan bahasa anak2. Penerangan diberikan oleh Jaonna - seorg Speech Pathologist dari Toronto Preschool Speech & Language Services.

Ceramah ini disediakan oleh Better Beginning atau lebih tepat, cikgu kelas playroup anak kecik. Mula dengan tahap2 percakapan anak2 sejak lahir hinggalah kanak2. Berapa banyak perkataan yang patut anak2 tahu mengikut peringkat umur.

Yang hadir hanya mak2. 9 orang sahaja.7 orang daripada tu ada sekurang2nya seorang anak di dalam playgroup. 2 orang lagi cikgu playgroup dan cikgu kelas menjahit.

Isi kandungan ceramah hampir semuanya dah pernah diterangkan semasa mengikuti speech theraphy untuk anak yang kecik sekali tahun lepas. Sebab dah tahu serba sedikit apa yang nak disampaikan, maka banyaklah soalan Joanna semasa ceramah disampaikan dapat saya jawab. Tak disangka2, ada hadiah pulak. Dapat beg jinjing/tote satu. 2 orang saja yang dapat.

Winter 2009 II










Minggu lepas...

No Peace


Watch CBS Videos Online