Saturday, December 26, 2009

Testing 2

 


Lebih kurang pukul 4pm, hari sekolah, bas bawak anak bongsu tiba. Nmpak je mak dia menunggu, dia dah lambai.

 

 


Cuba sekali lagi.. lepas tanya Pokcik G. Mas, macamana plk nak post gambar terus dari blogger?

p/s: rodong2 yg lain2 pun boleh gak le ajor koi... :)
Posted by Picasa

Testing

 
Posted by Picasa


Alhamdulillah, dah d/load picasa jazakAllah kheir dan terima kasih Mas. Tapi masalahnya tak reti pulak nak letak gambar banyak2 sekali ke blog melalui picasa. Dah cuba banyak kali tapi masih tak jadi. Masssssssssss!! Tolonnnnnnng!!!

Thursday, December 24, 2009

QSSC Conference




The Quran and Sunnah Society of Canada 23rd Annual Conference. Jadual dan live broadcasting boleh diikuti di sini. BaarakAllahu feekum.

Sunday, December 20, 2009

Hari mula2 salji turun



Awal pagi, salji masih turun(hp cokia, tak nampak saljinya). Jalan lecah, becak, dan licin. Selagi tak berhenti turun, orang takkan tolak salji.






Dalam ribut2 pun ada juga minah ni berjogging.


Ada orang suruh saya kaut salji tu buat ABC dengan cendol... melampau kan?


Bas tu dah tersangkut. Undur tak lepas, ke depan pun tak lepas.

Kali ni byk sikit letak gambo. Bimbang jg kalau ada lagi yg hentak2 pale kat dinding. Kan Limo kan? :)

Sunday, December 13, 2009

Tak de tajuk



Terlupa nak jawab soalan Az (AzMas) dalam kotak komen. Mmg sekarang musim gugur Az. Ikut kalendar, secara rasminya tarikh winter ialah 21hb Disember. Biasanya bulan November salji dah turun tapi kali ni dah masuk Disember baru turun. Awal minggu ni turunya. Sekali turun terus datang dengan ribut dan hujan (gambar blm upload lg..).
Ni gambar2 minggu kemarin.


Tuesday, December 8, 2009

Klik2


Alhamdulillah, AbuZaid bagi saya guna tepon dia yang ada lensa. Mi na penda wewe baba :). Dapatlah saya godek2 gambor. Esok2 tak de idea nak cerita aka virus M dtg, bolehlah saya letak gambar je dalam blog ni.
Saya nak letak signature/watermark kat gambar. Ada sesape sudi ajar?


Sunday, November 29, 2009

Selamat Eidul Adha

Kepada semua yg membaca in my own space. Semoga kita semua diberkati dan dilimpahi Allah Subhaanahu wa Taala dengan rahmatNya.

TaqabbalAallah minna waminkum. Kullu 'am wa'antum bi khair.

p/s: Saya nak mintak beribu-ribu kemaafan kepada kengkwn dan adik2 (Ayem dan Along)yang saya belum dapat siapkan permintaan homemade beg/casing. Saya masih terlalu sibuk buat masa ini dan juga supply bahan2 jahitan tidak mencukupi. Saya tahu mesti ada yang tertanya2. InshaAllah,(saya tidak sanggup berjanji) saya akan cuba sedaya upaya membuatnya...perlahan2. Maaf sekali lagi.

Wednesday, November 11, 2009

Madu kopi pes...

Bismillahirrahmaanirraheem...

Anak kecik saya suka sangat minum susu dgn madu. Tak de madu saya kena letak juga gula, kalau tak, mmg tak hbs la susu secawan. Tak letak byk, asal ada sikit rasa2 manis, jadi la. Anak2 yang lain pulak suka makan pancake, waffle, roti bakar dengan madu. Pendek cerita, dalam rumah saya, madu memang kena ada sokmo.

Tapi saya ni bukan nak cerita pasal madu lebah. Nak c&p petua2 bermadu atau berpoligami dari rodong baik saya. Bukan petua bermadu gitu2 je ni, tapi kira special sikit sebab tu saya mintak izin kat orangnya nak potong&tampal kat sini. Spesel sebab rodong saya ni dengan isteri2 dia duduk serumah.

Sebenarnya lama dah simpan dan mintak izin nak kopipes tapi disebabkan kelemahan saya, maka baru hari ni lah berpeluang. Dalam izin pun ada syarat dia bagi..

kopi & pes?
koi izinkan mne2 yg aok rse ianyer baik & ada manafaat utk org lain.
apa yg org nak respons, tpulang la sbb koi tbuka.
cme koi xmau trlibat dlm pbincangan dan xmau dkenali scara personal.
elok jge sesekali dorong manusia bfikir dgn ssuatu yg luar dri kotak pmikirn biase.



PETUA TERATAS: BUAT APE PUN, LILLAHI TAALA

pertama, jujur.
sbelum kawin, xleh menipu atau ada unsur2 menipu kuarga asal yg ande.
org trime atau tidak soal lain, yg penting jujur. sbaik aje koi btrus terang nk kawin lgi 1,
isteri dan ank2 koi sntiase ande mse merisik, btunang dan bkahwin.
mksud koi, si suami msti sanggup tempuh cabaran yg ini dulu.
kalu tak, jgn mrh kalu kjujuran dprtikaikan komdian hari.
dlm soal ini, byk org2 kununnya 'alim' guna alasan,
"apabila btembung 2 pkara mudharat, pilih pkara yg paling ringan mudharatnya" sbg alasan utk menipu bile bkhwin lbih.
aok tafsir la sniri mksud koi tu.

kedua, buktikan!.
maksud koi, kalu si suami dh kata poligami ikut sunnah, baik dsbnya, buktikan ianya mmg baik.
paling tidak bsungguh2 nak wat yg tbaik.
si suami takkan dpt puaskan ati istri2 tpi xde sape boleh prtikaikan stlh kita mmg buat yg tbaik.
kalah biar bmaruah.

ketiga, keadilan.
sng nak ckp, pyh nak buat.
adil msti ikut definisi syarak: meletakkan sesuatu pada tempatnya.
aok ......., koi xpayah ulas panjang.

keempat, strong & bold character
si suami mesti btul2 ada bold & strong character. yg ni koi xreti nak ulas.
hebat mana ilmu agama pun blum tentu hebat berpoligami. kalu mudah lembik dan cair dgn umpatan,
caci keji, pujukan dsbnya, boleh jalan... xyah mimpi nak poligami.
suami msti jadi pemimpin yg hebat dlm umh tangga.

kelima, ikhlas
mksudnya, kalu dh wat ikhlas kerana ALLAH, ikhlaskan hati menerime sgala mcm ujian2-Nya.
ikhlaskn hati trime kkuatan & kelemahn istri2 tpi xleh putus asa. berusaha, brdoa,
btawakkal, blapang dada dan serahkan kpd ALLAH. insyaallah Dia akan bantu.

keenam, tau peranan masing2.
jgn sesekali cari pbezaan. cari psamaan. pun aok huraikan la sniri.
hargai yg baik2, jgn memanjang2kan yg buruk2.
pelihara aib masing2. balik2 maruah sniri jge sbb ini family kita.

ketujuh, realistik.
kalu yg xbpoligami pun mcm2 masalah,
kdg2 lagi truk masalah, kenapa poligami djadikan punca ksalahan/ masalah r/tangga?
kalau yg haram, sumbang mahram, zina. bohsia, bohjan, pgaulan bebas kita xbrape nak sensitif,
knape snsitif sgt psl poligami yg sah2 halal?
xberpoligami pun ramai jge yg xadil, bcerai berai, penganiayaan dan anak2 terbiar, istri mnderita, so
apa masalahnyer hukum bpoligami ni?
kalu yg bpoligami pun ada yg bahagia, knape kite xleh bahagia?
manusia sntiase mcipta alasan sbg escapism klemahn thadap klemahn diri.

itu aje lah 'petua' koi,
xande ptua2 lain pun. alhamdulillah, koi ngaku, mmg la koi btuah dpt istri2 yg taat dan memahami.
tpi smuenya tetap t/jwb yg berat kpd suami membntuk dan mdidik.
cmne istri nak btul kalu suami xclear dgn ape yg dia buat?

trus trang ckp la, ujian yg kome tmpuh bkn calang2 sbelum smpai ke thp skang. kalu koi criter pun xgune.


kelebihan seghumoh,
koi pnh ckp dulu, ini kputusn bsama...
byk ngat la klebihannya, nk criter pun xtercriter.
kalu bagi org pompuan, l/kurang mcm aok biase wat kgije umah sorang2,
tibe2 beban t/jwb aok ilang sparuh.
ande org lain yg mnolongnye.
mak xleh tolong, anak2 mtk tolong dgn umi. umi xleh tolong, mak pulok yg tolong.
abah tau memerintah dgn mtk dlyn aje la... (hihihik..)
keknyer sbelum smpai ke thp tu kena sme2 la brusaha ikut 'ptua2' yg koi kabo tadi.


bagi koi, poligami yg bmasalah ni byk bpunca dari sikap sniri yg mcari dan mcipta masalah.
bkn bpunca dari hukum bpoligami sgt pun...
alasan je tu.
aok jgn slh anggap ckp koi tu sbb koi pun dh tmpuh mcm2...
tpi kome cube btul2 cari keredhaan, kebahagian, alhamdulillah kome bjaya.
apa sgt la yg nk dkejorkan dgn hal2 yg bsifat sementara dan pinjaman ALLAH ni.


Kesimpulannya, kita jangan buat "simpul mati". Susah nak buka, nak baiki.

Terima kasih kepada rodong koi. Moga rumahtangga aman damai dan ahli keluarga sihat wal'afiat selama2nya...ameen.

Sunday, November 1, 2009

Tolak Satu

...jam mulai hari ni. Balik pada Standard Time. Time solat pun awal sejam. Yang nak sambung tidur pun boleh...

doa saya, moga2 orang tua tu pun sambung tidur juga...

Monday, October 19, 2009

Sambungannya..

Nak tulis pasal niqab. Ingat2 balik, saya dah ada tulis psl niqab ni masa dicuit Dalila. Nak jimat masa, tak payah lah saya tulis lagi ye?

Berita Sheikh Al-Tantawi tak bagi pelajar wanita berpurdah di Uni Al-Azhar memang disambut baik dek MCC (Muslim Canadian Congress). Deme dah ajukan kepada Ottawa (Federal) supaya ban- kan juga niqab di sini.

Personally, rasa offended dan sedih sebab yang melarang memakainya adalah orang Islam juga. MCC, saya tak hairan sangat sebab falsafah dorang, nakkan persamaan taraf lelaki dan perempuan. Termasuklah mahu wanita jadi imam solat di masjid2, macam Aminah Wadud.. Astaghfirullahal azeem..

tapi Sheikh Al-Tantawi? I don't wanna say anything but bila dia kata purdah has nothing to do with Islam, that is totally unacceptable. Kita semua tahu Ummul Mukminin berpurdah. Larangan wanita berpurdah semasa haji pun ada. Jadi kenapa kata tiada asas dalam agama, keh pun tak paham (buat2 tak paham .. ).

Sebelum ni dah ada tengok gambar Sheikh Tantawi bersalam dengan perempuan. Kat link ni.
Tanya2 lagi kat pokcik G jumpa pulak cerita ni. So, judge lah sendiri.

Offended, sebab we muslim women tak perlukan orang lain untuk menentukan apa yang kami boleh dan tidak boleh pakai. Orang lain boleh jalan2 tengah bandar separuh bugil. Yang bugil terus pun ada dorang bior, kenapa pulak yang nak tutup seluruh tubuh badan dan muka, tak boleh?

Semalam kawan baik telefon. Dia tanya ada tak dapat berita pasal demonstration. Saya tak tanya dah demo pasal apa, dah dapat rasa, mesti ada yang nak buat demo bantahan aman. Kawan tu kata, tadi dia jumpa sorang lady, white converted lady yang berniqab tengah photocopy flyers pasal demo. Dia kata dia mintak satu, nak bagi kat anak dia. Anak dia pun berniqab. Saya kata, saya tak dapat lagi maklumat tapi rasanya saya memang tak dapat ikut. Pastu malamnya, saya dapat forwarded email dari sorang lagi ukhti.

Mesejnya..

1ST DEMONSTRATION - Toronto, Canada

FRIDAY, NOVEMBER 6, 2009
Queen's Park, Toronto
2:30 p.m. WE MARCH!!!

*THE EVENT IS ORGANIZED AND THERE ARE CERTAIN POINTS TO PAY ATTENTION TO, SO PLEASE CHECK THE WEBSITE:
http://www.niqaabis.com/index.html

Kelmarin dapat email dari ukhti yang sama. Mintak ramai2 tulis surat kepada MP kawasan masing2 supaya mereka tidak menyokong permintaan MCC.

Letter template below:

To: , Hon Stephen Harper, PM

I am appalled at the recent request of the Muslim Canadian Congress to ban Muslim women from wearing the niqab and burqa in Canada. It is my belief that the state has no business in dictating to its citizens what they can or cannot wear. The Muslim Canadian Congress would like to stop muslim women who choose to wear the niqab and want to make this an official law. I strongly disagree with this request. As quoted in their press release stated on their website (http://www.muslimcanadiancongress.org/20091008.html) they state that the niqab has nothing to do with Islam. In fact this is their belief and not the belief of the vast majority of Muslims.

Regardless, whether it has anything to do with Islam or not is besides the point, but to ban it is an affront to those who agree that it is their desire and choice to wear it. Personally, I believe that the niqab is a choice that every woman should be able to make for herself and she should be free to make that choice without the government dictating what she can or cannot do or making it illegal to her. Allowing such a ban will only help in the infringement of womens rights in the Charter of Rights and Freedoms that we strongly uphold and adhere to.

As a practicing Canadian Muslim, I would like to let my MP and the Canadian government know that I do not agree with the position of the Muslim Canadian Congress. They represent a minority and in fact do not represent me or my family in any way or form and I would like to take a stand and make this clear. It is my hope that you are receiving emails from others in our community who also have the same stance in this matter.

Thank you for your time.

Sincerely,




Saya c&p surat ni. Mintak tolong yang membaca blog ni kalau ada kawan2 di sini yang bersimpati supaya mereka juga menghantar kepada MP masing2. JazakAllah khairan. BaarkAllahu feekum.

To find your MP's email address or office address, get it from here.

Panjang sikit n3 kali ni. Terima kasih sudi membaca. Maaf, lambat update. Koi sibuk amat wehnya.... Esok, pagi petang ande(ada) appointment. Permisi dulu deh.. :)

Monday, October 12, 2009

Sudi Bincang2?

Niqab atau purdah, apa hukum pemakaiannya?
a) wajib
b) digalakkan
c) tak payah pakai pun tak pe sbb tak de asas dalam Islam

Mengikut pengetahuan dan kefahaman sendiri, agak2nya yang mana satu jawapan? Ada sesiapa yang sudi menjawab? Silakan.... kalau ada alasannya sekali lagi baik. Jika ada jawapan selain daripada yang saya senaraikan itu pun boleh juga lah. Kita kongsi2 berbincang. Terima kasih.

Saya akan tulis pilihan dan alasan saya di n3 lain, InshaAllah.



Buat sementara waktu, saya letak video youtube ini sekali lagi untuk tatapan kita bersama.

p/s: Sheikha yang dalam video tu dah selamat mendirikan rumahtangga Julai lepas. Masa ni dia mengajar di Abu Dhabi.

Wednesday, October 7, 2009

Lambat Tak Per.....

Assalaamu alaikum..

Masih lagi di dalam bulan syawal, jadinya tak terlambat lagi lah kalau saya nak ucap Selamat Hari Raya.

Kalau nak ikutkan bizi, sampai hari ni pun saya masih bizi. Anak2 dah mula sekolah. Ada yang bersekolah di rumah, ada yang perlu dihantar ke sekolah setiap pagi, jemput untuk makan tengahari di rumah, hantar semula dan jemput lagi bila habis sekolah.

Kepada kengkawan semua.. Intan, TP, sis PC, Az, nenek, Siti (selamat berangkat..), Tuan Tamar, benludin, bro ubi, bro Jawa Peranakan, Pie, eyna, Dalila, Mas, Angah, Along, Ayem, Gg, UmmuMasyitah, Nana, DP, norniz, batik, limau, atin, kaca (apa kabar ca?lama tak de berita), eiza, Jaja, kak hanim, dan lain2 yg mungkin saya terlupa tulis, juga kepada semua pembaca dia (kalau ada .. )..........

TaqabbalAllah minna wa minkum..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MOHON MAAF ZAHIR dan BATIN


jika ada terkasar bahasa, tersalah kata, terusik rasa...

Better late than never, kata omputih... :)

Monday, August 31, 2009

Buku Baru




THE [HIJAAB] JILBAAB OF THE MUSLIM WOMAN AS IN THE BOOK AND THE SUNNAH
Paperback, Perfect bound, 164 pages
Price : $ 8.00



Assalaamu Aleikum,
We start by saying Alhamdulillaah, waswalatu wassalam ala rasoolillaah;

We at Jukumu Letu would again like to humbly present this beneficial book, InshaAllaah, to all of you.


[Jilbaab ul mar-atal muslimah fil Kitaabi was-sunnah] THE [HIJAAB] JILBAAB OF THE MUSLIM WOMAN AS IN THE BOOK AND THE SUNNAH
By its author, the 'Allaamah, the Muhaddith of this era, Shaykh Muhammad Naasiruddeen al-Albaanee (May Allaah have mercy on him)



For the first time this great book is available in english, alhamdulillaah.



Believe me: You have to read this book
Especially you my dear sisters!



The author wrote:
This nice treatise, and a beneficial research –by the Will of Allaah. I have compiled it to:
- Show the description of the type of clothing that the Muslim woman has to cover herself with when she is leaving her house.
- And the conditions that apply to this covering so that it can actually be considered Islamic clothing.
And I have based and relied in clarifying these, on the Book and The Sunnah. Being guided by what has been narrated from the narrations and statements of the Companions and the Imaams....



What else do you want after The Book, and The Sunnah, and what has been narrated from the narrations and statements of the Companions and the Imaams of Islaam !!?



Read and be knowledgable and be upon insight on your religion.
This is a religion of knowledge.


And as for he who asked: why is the book at this price, when it could be more expensive!?
We say:
We believe that authentic knowledge should be affordable for everybody!!



Plus remember that; we are an officially registered not-for-profit organization sponsoring Muslim orphans in Kenya.
We have entered our fourth year [Alhamdulillaah] and are mainly depending on the donations of members and well-wishers.
For more about us; please visit our site.



Our main reason for getting into this project is:
1. Helping to spread the beneficial knowledge; from the Authentic sources.
2. For us to cater to the ever-increasing needs; as we need some sort of funds to live up to expectations.



It is quite heart-breaking when we have to turn down needy orphans; all because we cannot bear [financially] to support them.



Therefore please go out and buy the book; and gain some knowledge, &
At the same time you are sponsoring an orphan to gain some food and knowledge.



We would like to also thank our brothers and sisters at Almuflihoon.com; for presenting to us this project and co-operating with us in good.



May Allaah bless you all,
Jukumu Letu (Our Duty).



Officially Released


To order your copy of this book, please send an email to:
jilbaab.book@gmail.com


'I and the one, who takes care of an orphan; will be like this in Paradise.' And he showed his middle and index finger and separated them.
[Saheeh al-Bukhaaree]


Masa yang terhad. Saya cuma ingin menyebarkan. Saya masih lagi membacanya. Cuma $CD8. InshaAllah, tidak rugi malah berbaloi.

Thursday, August 20, 2009

Stranger In Town

Toronto dilanda tornado petang tadi. Kawasan saya alhamdulillah, tak kena.

Ribut, petir berdentum, kilat sabung-menyabung. Langit memang dah gelap macam dah malam, walhal masa tu dalam pukul 6:30ptg (maghrib, pukul 8:15pm). Blackout jglah dalam dua saat. Mengikut berita terkini, seorang budak 11 tahun meninggal. Tempat dia berteduh roboh diputar twister. Banyak rumah yg rosak.

Saya kata stranger sebab selama saya tinggal di sini, belum pernah lagi twister datang "melawat". Sekali datang memang havoc la juga. Vaughan, bandar yang paling teruk "disapa". Sampai Datuk Bandar isytihar Vaughan sebagai kawasan darurat.

Tengok gambar2, nampaknya memang teruk. Bumbung rumah semua tercabut, pokok2 tumbang dan ada juga terbelah dua, kereta terbalik (Wallahu a'lam mcmana hanya se dua kereta je yg terbalik .. ). Video ni jelas the stanger was in the process of "blending in" with the people and their belongings...

Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.

post ni saya tulis semalam dan disambung sebentar tadi..sekian, terimakasih.

Kami juga akan mula berpuasa esok, Sabtu, Ogos 22, 2009..

Ahlan wa Sahlan ya Ramadhan Kareem...
selamat berpuasa semua..

Friday, August 14, 2009

H1N1

Semakin ramai yang dijangkiti dan semakin ramai juga yang "kalah" akibat H1N1. Rodong-rodong sentiasa menghantar berita kepada saya. Sekolah anak2 mereka, di Temerloh, di Kuantan sedang ditutup sementara akibat H1N1.

Copy dan Paste tips dan maklumat yg Pie tulis kat shoutbox..

"..h1n1 adalah viris mutant gabungan sleme babi,burung & manusia. mknenyer lgi kuat la tu.. apabila pmbawa virus bersin, virus leh trapung d udara slama 8 jam dlm jarak 1 meter "



Di Kanada, angka kematian akibat swine flu ini masih lg rendah w/pun jangkaan Health Canada angka akan meningkat. Setakat hari ini (Jumaat, 14 Ogos, 2009), 66 kematian.

Nasihat Health Canada utk menhentikan jangkitan..

What can I do to protect myself from infection?

The Public Health Agency advises Canadians to:

-Wash hands thoroughly with soap and warm water, or use hand sanitizer
-Cough and sneeze in your arm or sleeve
-Keep doing what you normally do, but stay home if sick
-Check http://www.fightflu.ca/ for more information
-Check http://www.voyage.gc.ca/ for travel notices and advisories
-Talk to a health professional if you experience severe flu-like symptoms




Poster ni di tampal merata2..

Sentiasa membasuh tgn sangat penting untuk amalan seharian. Walaupun tiada pandemic diseases sekali pun. Copy dan Paste apa yg saya tulis kepada sorang rodong di dlm email....

"......tersgtlah pentingnya biasakan dgn amalan membasuh tgn sokmo2..
InshaAllah, jangkitan akan dpt dikurangkan...
contoh anak2, w/pun dia ada saputgn ke tisu ke nak sapu hidung/mulut dia, tp kkdg, tgn dia tu basah jg dek hingus, masa tu la kita kena ingatkan dia basuh tgn .. kita sendiri pun (ibubapa) basuh jg tgn tu lps lapkan anak2..jgn usik/pegang mende2 lain dulu sblm basuh tgn tu.. "


Semoga Allah akan sentiasa melindungi kita semua dan keluarga dari penyakit ini.. ameen.

Just Wanna Share



Baru2 ni saya terjumpa dengan The Last Lecture ini. Saya kagum dengan semangat Prof Randy Pausch. Walaupun dijangka hanya boleh hidup beberapa bulan sahaja tetapi semangat dia seakan2 dia akan hidup lebih lama lagi. Prof Randy Pausch sebenarnya sudah pun meninggal dunia pada July, 2008.

Tak payah tengok atau sebut orang lain lah, kalau saya sendiri juga dalam situasi begitu, jangankan nak naikkan semangat orang lain, nak naikkan semangat sendiri pun belum tentu lg boleh buat...

Tuesday, August 11, 2009

Selamat Bertemu Kembali

Saya ni dah mcm pahat dgn penukul. Sekali Intan dtg komplen rumah bersawang, sekali saya update. Nak buat macamana, rasa "umph" berblog dah makin kurang. Lebih2 lagi le ni sibuk sikit....

Dalam blog lama dulu ada saya cerita pasal saya mintak tukar kabinet dapur sebab papan bawah sinki tu dah reput. Baru minggu ni orang housing datang tukar. Bukan kabinet saja, malah dorang letak tiles sekali di dinding, tukar tiles lantai (dorang tengah buat sekarang ni..) dan cat baru semua sekali.

That's not all folks..

Washroom pun akan di-renovate-kan jg. Tak pasti apa yg akan dorang buat tapi yg pasti, dorang akan tukar bathtub dan tiles dinding. Alhamdulillah ala kulli hal... bersemangat sikit lepas ni nak duk lelama di dapur (kengkononnya la).. :). Kiranya tahun ni kami menyambut Ramadhan dan Aidilfitri dengan dapur dan washroom yg baru la.. :).

Ramadhan akan tiba very soon, InshaAllahu Taala. Tak sampai seminggu je lagi. Saya nak lah ucap awal2 jg macam adik Shima Purple Crayon saya tu (u're welcome sis..)kepada semua rodong2 bloggers dan rodong2 lama yg dapat dihubungi semula setelah bertahun2 terputus khabar berita...(you know who you are... :))....

RAMADHAN MUBARAK. SEMOGA KITA SEMUA DIPANJANGKAN USIA, DIBERIKAN
KESIHATAN YANG BAIK UNTUK MENJALANI IBADAH PUASA dan BERTEMU DENGAN
MALAM LAILATUL QADAR ...ameen.

Thursday, July 23, 2009

Welcome To Holland

Bukan nak cerita trip ke Holland. Belum lagi sampai ke situ. Cuma nak kongsi tulisan Emily Perl Kingsley tentang perasaan ibubapa yang dikurniakan anak yang istimewa...

WELCOME TO HOLLAND
by
Emily Perl Kingsley.


c1987 by Emily Perl Kingsley. All rights reserved

I am often asked to describe the experience of raising a child with a disability - to try to help people who have not shared that unique experience to understand it, to imagine how it would feel. It's like this......

When you're going to have a baby, it's like planning a fabulous vacation trip - to Italy. You buy a bunch of guide books and make your wonderful plans. The Coliseum. The Michelangelo David. The gondolas in Venice. You may learn some handy phrases in Italian. It's all very exciting.

After months of eager anticipation, the day finally arrives. You pack your bags and off you go. Several hours later, the plane lands. The stewardess comes in and says, "Welcome to Holland."

"Holland?!?" you say. "What do you mean Holland?? I signed up for Italy! I'm supposed to be in Italy. All my life I've dreamed of going to Italy."

But there's been a change in the flight plan. They've landed in Holland and there you must stay.

The important thing is that they haven't taken you to a horrible, disgusting, filthy place, full of pestilence, famine and disease. It's just a different place.

So you must go out and buy new guide books. And you must learn a whole new language. And you will meet a whole new group of people you would never have met.

It's just a different place. It's slower-paced than Italy, less flashy than Italy. But after you've been there for a while and you catch your breath, you look around.... and you begin to notice that Holland has windmills....and Holland has tulips. Holland even has Rembrandts.

But everyone you know is busy coming and going from Italy... and they're all bragging about what a wonderful time they had there. And for the rest of your life, you will say "Yes, that's where I was supposed to go. That's what I had planned."

And the pain of that will never, ever, ever, ever go away... because the loss of that dream is a very very significant loss.

But... if you spend your life mourning the fact that you didn't get to Italy, you may never be free to enjoy the very special, the very lovely things ... about Holland.


Sungguh bermakna mesej yang tersirat dari kata2 yang tersurat. Anak2 tidak pernah meminta dilahirkan dalam "keistimewaan" mereka, ibubapa tak pernah meminta dikurniakan anak2 "seistimewa" itu. Jadi, tidak perlu kita bermurung dengan "perubahan rancangan". Anak2 perlukan kasih sayang dan perhatian. Tiada siapa yang bersalah, hanya Allah s.w.t jua yang ingin menduga hamba2Nya.

Carpal bukan Karpal




The carpal tunnel is a narrow space in the wrist. It contains wrist bones and a ligament (transverse carpal ligament) across the wrist where the palm and forearm meet. Tendons and the median nerve pass through this space to your hand. The median nerve supplies feeling and some movement to part of the hand.

Carpal tunnel syndrome is usually caused when an illness or other problem makes the carpal tunnel space too small. This puts pressure on the median nerve and causes pain, tingling, and other symptoms


Maklumat di atas dari sini.

Tu la sbbnya kenapa saya lama tak update blog. Sejak 2 minggu lepas tangan saya yang montel ini diserang dek carpal tunnel syndrome (CTS). Tak de kena mengena pun dengan Encik Karpal Singh. Tajuk tu saje je nak buat gimik :).

Mula kena CTS masa mengandung anak ke4. Tangan kerap rasa sesemut. Ingatkan sbb mengandung,varicose vain (blood clot dlm urat)jd biar je la. Masa tu saya di Malaya. Lepas bersalin dan dah sampai ke sini, masih juga terasa sesemutnya lebih2 lg bila tgh berjln menolak stroller. Pegi lah jumpa doktor. Doktor bgtau, kena pakai wrist splint (tolong sesape bg maknanya dlm BM..)tapi saya tak pakai, beli pun tak. Sbb...tak sakit, sesemut sekejap je, pastu hilang.. jd saya biaq pi je la..

Lebih kurang 2 minggu lps, akibat banyak sgt guna komputer/menaip utk kerjarumah, tangan sakit yang amat. Nak menulis pun tak daya. Kejap2 kena berhenti, urut2 dulu jari telunjuk dgn jari hantu.

Hari ni dah makin kurang sakitnya, alhamdulillah..
Aci dok cerita saya ni? Nak tunjuk gambor, "cumil" dah tak de..

JazakAllah khairan dan terimakasih kepada semua rodong2 yg masih sudi singgah dan menyapa w/pun ni mcm rumah tinggal je. Tapi sawang mmg tak de ye, Aida.. :D. Akak sapu2, kebas2 sokmo. Aok tu..dah elok menten hari2, nok ...... pulok. Mende cerita?

Thursday, June 25, 2009

Sepanjang Perjalanan Ini II

Gambar2 terakhir yang sempat diambil dengan si cumil. Pagi Ahad, minggu lepas...


Permulaan Pejalanan..








Dinding rumah tu hampir penuh dgn daun menjalar.


Jalanraya sibuk...



Taman kecil segera di jalan keluar masuk apartment.


Menunggu untuk menyeberang ke destinasi..


Nak balik dah..


Sudah hampir ke permulaan Sepanjang Pejalanan Ini ..

Tuesday, June 23, 2009

Kau Pergi Jua..

Assalaamu alaikum..

Despite dah ambik cuti dari update blog, saya can't resist untuk menyelit sebaris dua berita terkini. Berita kesedihan saya "ditinggalkan si cumil" yg tidak disangka2. Innalillaahi wainna ilaihi raajiuun..



Semalam, si cumil saya jatuh terhempas ke lantai. Cuainya saya. Akibatnya, muka cumil retak. Retak yg membuatkan tiada apapun yg keluar di muka cumil. Cuma cahaya di celah2 rekahan retak. Kesian cumil. Dialah peneman saya,penghibur saya di waktu2 saya kesunyian, kerinduan dan ketermenungan sejak 4 tahun yg lalu. Akhirnya, semalam cumilku pergi jua...

Biarpun sebelum ini pernah dioffer Abuzaid dengan si cun dan si hensem yg lain, saya rela berputih mata. Saya tidak rela berpisah dgn cumil.

Hari ini, tanpa rela, tempat cumil terpaksa diganti dengan si erik...



Biarpun tak secumil cumil (erik tak de lensa..uwaaaa!!),tak sehensem razr, saya bersyukur..alhamdulillah. Semoga erik dan saya akan selesa bersama w/pun takkan seselesa dan seakrabnya saya dgn cumil.

Dua tiga cumil dan hensem menari
manakah sama si cumil ku sayang
dua tiga cumil dan hensem boleh ku cari
manakan sama si cumilku yg hilang

Monday, June 8, 2009

Please, lemme..


Take my own time to settle few things that came up.


Banyak yang nak diselesaikan. Semuanya memerlukan sepenuh tumpuan dan masa. Masa yang sangat cemburu dengan diri ini. Sentiasa perlukan perhatian dan tumpuan. Sentiasa mendambakan kendalian yang bijaksana dari diri ini.


Amacam dengan intro? Intro untuk meninggalkan sekejap daripada menhapdet blog kesayanganku ini. Bukan nak tinggal lama, cuma sekejap sahaja untuk menyelasaikan kerja2 tertunggak dan yang sedang mara menghampiri.


Supaya rodong2 tak terkuciwa menjengok blog yang tah apa2 ni tak dihapdet lama.


However, sekali-sekala saya akan menjengah juga blog rodong2 to say salam, hai hai dan bai bai.. :)


So please, lemme take my own time. Bring the flag down for a while..


Bila segalanya dah selesai, inshaAllah, maple leaf flag akan berkibar semula. Moga saya kembali dengan kerajinan menghapdet blog.


Ilal liqa'




Saturday, May 30, 2009

Sekolah Lama




Zion Schoolhouse, School Section No. 12, York Township, was built in 1869 by the farming families of L'Amaroux. Several generations of these families attended the school until its closure in 1955. Constructed of local red brick, it has subtle decorative details in yellow brick. The north-south orientation with three large nine-over-nine sash windows on the east and west sides allows for a remarkably bright, naturally-lit interior. The Schoolhouse, one of hundreds that used to dot the Ontario landscape, serves as a reminder of our rural past.






Sekolah lama ni adalah sebahagian drp bangunan yang boleh dilawati di dalam program Doors Open Toronto. Tak jauh dari rumah . Teringat cerita Little House On The Prairie.

Thursday, May 28, 2009

Telah Lama..

Salam diterima..
Mimpi berlalu..
Kenangan berliku..
Tiada bernama..

Telah Lama..


Khabar luka..
Khabar duka..
Bukan setahun..
Bukan 70 tahun ..

Telah Lama..


Bertanya teluk..
Bertanya gurun..
Bertanya bintang..
Bertanya raja..

Telah Lama..

Saturday, May 23, 2009






Pokok2 epal ceri depan library. Gambar atas diambil hari Jumaat lepas. Yang bawah, hari Jumaat minggu sebelumnya. Sekejap je dah bertukar kaler.

More



Buttercup bag. Anak dara koi punya. Warna biru gelap dgn corak daun menjalar. Kamera henfon cokia, penataan cahaya tak de jd lah gambor kelam, suram dan malam.





Salah satu di atas telah pun dibawa superman (super postman):)



Tak pas lagi sebenarnya jahit kat tepi kedua2 belah zipper tu. Antara 4 tu, yang belang2 lebih elok.

Wednesday, May 13, 2009

Takdirnya Begitu

Takdir satu perpisahan menjadi takdir satu pertemuan.

Bermula dengan SMS dari Kazen di Setiu, membawa kabar "perginya" Ustazah Maisarah, isteri bekas mudir SMAKT, Ustaz Abu Samah. Mesej yang diforwardkan dari Mak Long Dalila. Tanya kazen, "dah forward berita ni ke Mrs Far dan Mrs Kaunselor?" "Belum" jwb sepupu. "Ingat kat deme dulu." Alhamdulillah, hatiku terharu..

SMS Intan rh Aida dulu, mintak tolong sampaikan berita kepada Tuan TJ/MAAR. Almaklum, Tuan TJ juga pernah jd anak murid ustazah Maisarah.

Dah berbulan tak berSMS dgn Mrs Kaunselor yang di Pulau Labuan. Kali terakhir SMS dihantar tak berbalas. Tawakkal, mesej di forward. Beberapa minit kemudian henfon ber-beeped sekali. Balasan dari Mrs Kaunselor. Alhamdulillah, nombor masih valid. Tetapi nama yg terpapar di dalam mesej buat hati saya berbunga. SITI...




Putus hubungan dengan Siti lebih 15 tahun dahulu. Kali terakhir berjumpa, saya dan kazen meredah jalan Bera ke rumah Siti hanya berpandu ingatan silam.

Siti, Mrs Kaunselor, Kazen dan saya berkawan sejak dari sekolah di Temerloh sampailah ke KL. Lebih 20 tahun dahulu. Habis belajar masing2 tercampak merata. Siti ke Sarawak mengikut suami. Mrs Kaunselor ke N9 (disitu berjumpa dgn Mr Kaunselor), kazen ke Felda Lakum dan saya menghilir Sg Pahang. Takdir menentukan lagi, tahun berganti tahun, Siti kembali ke Pahang, Mrs Kaunselor terdampar di Pulau Labuan, Kazen ke Setiu dan saya di sini...in my own space.

update: gambar sudah dipadam...

Monday, May 11, 2009