Sunday, January 25, 2009

Berita



Baru je rasanya dapat berita abah diserang angin ahmar, semalam dapat pulak khabar anak saudara Abuzaid yang kena. Muda sangat lagi orangnya. Baru 23 tahun. Anak 2 orang, kecik2 lagi. Walaupun tak jatuh pengsan (alhamdulillah) tapi muka dah herot sebelah.

Sempat bercakap dengan dia dan isteri siang tadi. Dah pesan supaya jaga diri baik2 lepas ni. Anak2 masih kecil. " I'll try " katanya...

Penyakit keturunan. Dapat dari ayah. Ayah dia pulak dapat dari mak (nenek dia). Umur muda tak menghalang dari diserang. Seingat saya, anak saudara Abuzaid ni kurus je orangnya. Jenis anak muda jaga badan. Tapi tu dulu la...akhir sekali jumpa tahun 2002. Masa tu dia sekolah lagi. Ni dah kahwin dan ada anak tak tahu lah... Keluarga Abuzaid memang tak de yang besar2 badannya. Tinggi, ye...

Kebanyakkan penyakit adalah disebabkan makanan. Tak boleh makan ikut sedap saja ( siapalah tu ye?..) risikonya sendiri yang kena tanggung. Jadi kena beringat. Makin berumur, risikonya makin meningkat.

Kena banyak puasa lah kalau gitunya. Isnin, Khamis, 13, 14, 15hb tiap2 bulan.. InshaAllah pahala dapat, kesihatan pun sedikit sebanyak dapat diperhati. Exercise....jangan lupa. Kurang2 jumping jack... :)

4 comments:

ubilepih said...

Betul tu pemakanan sekarang byk yg mudarat kpd badan dan hati..ha..ha..especialy junk n fast food.

Anonymous said...

Kak, senamrobik elok untuk kesihatan. Sorang kakak tu drp tak leh berjalan, dh semakin pulih, alhamdulillah.

ummzaid said...

betul tu..tapi meggi sedap bro... :D

Alhamdulillah..dgn izin Nya juga semoga kita semua yang sakit2 akan dimudahkan.. ameen.

Aida..sebut senamrobik terus ingat..
8 lagi!.. hehehe..

ubilepih said...

:)