Wednesday, November 3, 2010

Masuk

Bismillah... assalaamualaikum..



(google)

Sapu sawang dulu..

Sunday, August 8, 2010

Ramadhan Mubarak


Tidak ingin melepaskan peluang, inshaAllah 2 atau 3 hari lagi kita umat Islam akan menyambut bulan yang penuh barakah. Semoga kita diberikan kesempatan dan kesihatan yg baik oleh Allah Taala untuk memenuhi bulan Ramadhan ni dengan amal2 ibadah. Selamat berpuasa kepada semua kawan2 blogger, semoga puasa dan segala ibadah kita akan diterima Allah S.W.T.

Sunday, July 11, 2010

Bayar Hutang

Berhutang dengan ayohchu dan ummiechu shima. Kena paksa bayor (baca..update blog).



1. Apa yang bermain di fikiran anda sekarang ini?
Nak jwb tag ni..

2. Apakah nama samaran anda ?
ummzaid, june, zeem..

3. Berikan tiga (3) orang yang anda sayang ?
3 aje? saya ada ramai di dlm hati....

4. Panggilan untuk si dia?
Dia tu siapa? Ok, i know.... "Ba.." .

5. Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa ?
Nothing...tapi kalau dpt gelang, cincin, earing omeh ke, ai suker.... :)

6. Blog manakah yang anda suka lawati ?
Banyak.. tapi daily visits termasuk yg dlm my blog list.

7. Tag kan kepada 15 orang rakan blogger anda ?
Saya nak tag sorg je ....... The lucky winner is.......... batek!!!!!

Langsai dah hutang koi ayohchu.. !!

Friday, June 4, 2010

Honey Bunch


Pagi tadi, tengah duduk2, kedengaranlah bunyi piano dari rumah jiran kat atas..

Doloh: Mama, did you hear that?

Me: Dengar, what is that?

Doloh: ???

Me: It's p....

Doloh: Peanut!!

Me: Hehehe....
No, that is pia....

Doloh: no!!!!

Me: Yes!!

Kengkdg mmg tak tahan nak tergelak bila Doloh buat lawak sepontan gitu. September depan dia akan ke sekolah baru. Alhamdulillah, tak sejauh sekolah Miss Heather mengajar. Kelas MID program. Dah pergi tengok, kiranya kelas Doloh adalah program pilot untuk sekolah itu. Good thing is, sorang classmate Doloh sekarang akan berada di kelas yang sama juga. Doloh kata dia tak nak gi sekolah baru, dia nak gi sekolah Miss Heather juga.

September, Doloh masuk darjah 1, which means...fullday dari pagi sampai petang. Sebenor2nya, saya yang nervous sbb my honey bunch tu pandai ke dia urus diri sepanjang hari di sekolah? Miss Heather kata, kat sekolah, Doloh sgtlah independentnya dan cikgu sekolah baru pulak kata, jgn bimbang, nanti adalah cikgu2 yg akan perhati dan tolong. Risau juga ni... dan juga for sure I will miss my "Doloh busuk" (Doloh akan sebut sendiri busuk tu.. :D )..
Gambar- yg muda tu Megan dan yg sorg lg tu lah Julie....

Saturday, May 1, 2010

Sheikh Al-Anbari (hari ini dan esok)



Saturday May 1st and Sunday May 2nd Schedule

2:00 pm to 4:30 pm: Lecture
4:30 pm to 5:45 pm: Lunch Break
5:45 pm to 6:00 pm: Asr Prayer
6:00 pm to 8:00 pm: Lecture
8:25 pm to 8:35 pm: Maghrib Prayer
8:45 pm to 9:45 pm: Lecture

Live video broadcast here.

Wednesday, April 28, 2010

Sambung Sekejap..

Alkisahnya, di suatu hari, dlm pukul 11:40am, saya dengan Doloh sedang menanti bas sekolah. Sambil menanti dan menunggu, saya baca2 dulu la mende alah kat bwh ni..



Tetiba..

Old Man (OM): Which nation are you from? I'm from Jamaica. (Dia ckp slow2 tapi accent Jamaican dia ketara sgt).

Me: I'm from Malaysia.

OM: Malaysia? I live here at number 15. I am a composer. I'm going to sing you a song.

Me: Okay.. (dlm hati-is this my lucky day or my disaster day? :D- malunya rasa, tp tak sampai hati nak tolak..)

OM: lalalalala... Lord..you come..lalala....




(jgn tanya apa yg dinyanyikan sbb saya faham sepatah dua je, Aksen kuat, tambah pulak dia tak de gigi... :)- tgk gambar dia tu. Byk perkataan berdebus2 dan berlepek2bunyinya-wpun dia sedaya upaya nampak gayanya-tengoklah gambar tu sampai pejam2 mata. Saya byk tunduk, pandang Doloh- Doloh pun tersengih2 dengar org tua tu menyanyi. Tak boleh lupa dgn sengehan Doloh- buat saya tersenyum sendiri.. :))

OM: I'm going to sing you another song...

Me: Okay .. (dlm hati...adui laa... )

OM: Lalalalala......
(dgr bunyi mcm lagu yg sama je. tgh dia nyanyi yg lagu ke2 ni saya teringat nak ambik gambar. saya hala kamera hp kat dia, dia buat tak kisah je, saya pun snap je la...)

Arakian, bas pun sampai..

Me: excuse me, we have to go..

OM: you going?

Me: Yes..

(dah siap ltk beg Doloh-say hai2 dgn drebar bas (dia yg lekatkan talipinggang keledar setiap hari utk Doloh) pastu bai2 kat Doloh, saya turun bas tunggu sampai bas pergi.)

OM: Oh..I thought you are going too..

Me:No, I'm going home..

Tak cakap pun terimakasih. Tak ingat, sbb rasanya saya pun jd mcm nervous-first time org nyanyi semata2 utk saya tu.. )

Orang tua tu baru je pindah ke housing ni. Boleh kata hari2 selisih dgn dia. Memang dia menyanyi sokmo- yang saya perasan lagu Billie Jean.
Saya ada bgtau ayoh chu psl OM ni, ayoh chu tanya, tak de dia mintok duit lps tu? :D.. tak de lah sbb rupa2nya dia memang suka menyanyi kat org perempuan.

Tuesday, April 27, 2010

Sekejap..


Bukan saja bersawang, berabuk dah rumah saya ni, lalang pun gamoknya dah tinggi dari rumah. Nak tulis banyak, panjang, virus M masa ni tengah bermaharajalela. Vitamin R tak jumpa lagi.


Bila ntah nak jumpa...




Nak bagitau kepada rodong2 yg rajin, selalu, sekali-sekala sms saya, minta maaf, kita dah tak boleh bersms lagi. Saya tukar carrier. Malangnya, dengan carrier ni saya tak leh terima sms. Hantar boleh, tapi tu pun jenuh menerai.




Jadi, kalau ada apa2 nak bagitau, nak tanya kabar, atau nak bgtau deme rindu ke kome (macam ade.. ), kabor di sini je lah nampok gayanya. Tidak pun email, YM, dan juga boleh aje guna mukasurat buku.




Saya dah mengantuk sgt ni. Saya tinggalkan gambar ini untuk tatapan kengkwn..







Monday, April 5, 2010

Nothing Much

First
Minggu ni cuti panjang hujng minggu. 4 hari, mula Jumaat (Good Friday), weekends, dan Senin (easter). Tak keluar ke mana2. Anak2 saya izinkan bermain dengan anak jiran sebelah (Shemoi) dalam pagar. Budak tu kat dalam pagar dia, anak2 saya dalam pagar kami. Budak2 tu borak2 pastu sambung main baling2 bola, 3 lawan 1.

Second
Flashback ke hari Selasa pagi minggu lepas. Megan datang ke rumah for her last homevisit/placement. Datang dengan Julie. Dah tau sebelum ni, bila Megan habis tempoh placement, Julie takkan take over lagi dah. I will be on my own after this, dengan Abuzaid, of course.

Julie bgtau dia ada suprise. Saya tanya, good suprise ke bad suprise? Julie kata, it depends on how saya akan terima berita itu nanti. Mula2 dia tanya, apa komen saya pasal Megan? Saya komen baik aje. She did well, she is very nice, very friendly, know how and what to do when Doloh is not paying attention (Doloh got carried away bila nampak mainan2..dia mula ralit menengok, tak dgr apa Megan cakap), show Doloh appropriate activities, and ..... senang cakap, I have no complaint.

Then Julie kata, homevisiting will be discontinued! What? And she will be laid off too... kesiannya. Julie berkerja di bwh khidmat North York General Hospital. Kali ni kerajaan buat keputusan nak buat cut back, so, Julie kata, dia dgn sorg kwn dia akan diberhentikan. Begitulah, dah 19 tahun bekerja, kena berhenti. Kesian dengan anak2 yg duk dlm senarai menunggu, yg menanti2 peluang dan pertolongan macam yang Doloh dan saya dapat. Memang beruntung kami sempat mendapat khidmat semacam Julie. She was there dari mula kena daftar dengan sekolah, pegi tengok kelas, ikut sama2 dalam mesyuarat, malah sedia pulak datang jemput dan hantar saya untuk ke mesyuarat bila insuran kereta Abuzaid sangkut. Alhamdulillah, atas segala nikmat dan rahmatNya yang diberikan melalui Julie dan Megan.

Sempat saya hidangkan sambusa, mkata thambi(roti mee siput), dan chai untuk mereka.

~ bersambung~ kena gi tidorkan Doloh dulu..

Monday, March 22, 2010

Esok

Meeting IPRC lagi, inshaAllah. Tak ingat nama panjang IPRC. Pendekkan cerita, meeting untuk penempatan Doloh (anak kecik saya) ke tahun satu september depan, inshaAllah. Psychologist dan speech therapist dah bg feedback pasal observation mereka dgn Doloh. Itu ini, begitu begini, walaupun ada peningkatan, alhamdulillah, dorang suggestkan Doloh elok terus bersekolah didalam kelas yg kecil (tak ramai murid).

So, esok segala pemerhatian dan rekod akan dibentangkan sekali lg di depan panel IPRC. Dari situ, mereka akan timbangkan dan kalau dipersetujui, mereka juga yang akan menentukan sekolah mana yang sesuai utk Doloh. Itu pun terpulang kepada persetujuan ibubapa (kome lah tu).. Boleh gi lawat dulu sekolah tu. Kalau suka, go ahead. Kalau tak, gostan lah...oppsss... no.. kena tunggu pulak dorg offer sekolah lain. Alhamdulillah, sekolah Doloh sekarang, kami terima terus offer lepas pergi tgk kelas diagnostik tu. Pergi dgn Julie dan Megan, mereka pakar, so mereka pun suka dan setuju.

Saje je tulis. utk update, tidok kang bersawang lg rumoh koi ni...

Sunday, March 14, 2010

Tukar

Daylight saving time dah bermula hari ni. Waktu Canada dan Malaya adalah sama cuma beza siang dan malam saja. Waktu musim winter beza -13jam dari waktu Malaya. Spring time, -12jam.

Sekolah2 di Malaya cuti, sekolah sini pun cuti juga seminggu. Kami tak kemana2. Musim hujan.

Saturday, March 13, 2010

Jemu dan Maaf

Laptop saya jdi lambat. segala2nya lambat. jeuh saya menunggu sampai jd menyampah.taip pun ada huruf yang tertinggal. kalau saya lambt reply komen kawan2 atau saya tak tinggal komen di blog kwn2, maafkan dan harap bersabar dengan saya. hanya dgn laptop saya boleh login dan tinggal komen di blog.

Sunday, March 7, 2010

teringat...



Sekarang ni bukan orang je nak ber-makeup, kereta pun kena. Untuk kepuasan diri, nak tarik perhatian orang tengok, atau dua2nya sekali, tuanpunya saja la yang boleh jawab. Tapi sah lah salah satu tujuan tu dah terbukti.



Mangga masam campur kicap. Anak dara kata, "mama, you have different taste..".

Saturday, February 20, 2010

Flowers are red



Koi teringat video ni yang instructor kelas ece intro tunjuk. Anak2 macam kita orang dewasa juga, ada fikiran mereka sendiri. Tapi tak semestinya kita biarkan saja mereka meneroka kehidupan tanpa bimbingan. Yang salah, tetap lah salah. Kalau di bimbing elok naluri dan fizikal anak2, InshaAllah, akan ada keyakinan diri terbina. Kalau tidak, jadilah mereka macam robot....

Monday, February 8, 2010

Ceramah mingguan



Weekly Ongoing Lectures di qssc.
Jarak masa, Toronto 13jam di belakang waktu Malaya.

Monday, February 1, 2010

Doloh


Ni anak kecik koi. Wan dia panggil Doloh. Tadika lagi. Tadika khas ( diagnostic class) sebab Doloh ni termasuk dalam kategori budak-budak "special needs". Dia lambat bercakap. Pelat pun ye. Bila dah lambat bercakap tu, adalah perkembangan-perkembangan lain jadi lambat juga.

Baru masuk tadika khas bulan November lepas. Petang tadi, pegilah kami ke kelas dia. Cikgu dia, Miss Heather nak tunjuk pretasi Doloh selama 3 bulan ni.

Kami datang dengan Megan. Megan ni student Humber college. Ambik kursus Advance Studies in Special Needs. Sebahagian dari field placement (latihan praktikal) dia, Megan datang kerumah tiap pagi Selasa bermain (sambil belajar) dengan Doloh sampai bulan April.

Mula-mula Miss Heather suruh Doloh baca buku. Terkejut koi weh, tgk anok pandai baca. Lancor je. Ayat-ayat yang mudoh dari perkataan2 macam cat, dog, bear, lion, little, big, and, the. Ada gambor. Buku tu macam buku iqra'. Doloh dah sampai buku no9. Tinggal se je lagi. Sama je cara baca mcm iqra' juga. Miss Heather kabo Doloh bukannya baca phonic tapi mengingat. Maknanya lepas tu cikgu dia tunjuk kad imbasan perkataan, dia boleh baca sebab dia dah ingat rupa dan bunyi perkataan2 tu. Kalau Doloh lupa, dia bagi clue dulu pastu kalau tak ingat juga, baru dia bacakan.

Lepas tu cikgu dia suruh pulok Doloh mengira, kenal huruf, sequencing. Tapi bab membaca tu mmg buat koi nok nangis jugalah... Memang bagus Miss Heather mengajor. Dia tunjuk pun cepat2 je sebab nok habiskan jadual hari tu, tapi alhamdulillah, Doloh boleh mengikut.

Koi suka juga cara Miss Heather buat pengukuhan macam "good job!" "give me five" pastu macam geletek2 Doloh bila Doloh dapat buat mende yang dia suruh. Doloh pun suka kemain.
Abuzaid pun sengeh je nengok anok dia... :)

Resepi Kaimati

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
2 sudubesar tepung beras
1 biji telur
2 sudubesar minyak masak/ghee (vege or pure cow ghee)
1/2 suduteh serbuk pelaga
1/2 suduteh yis segera
air suam secukupnya

Cara-caranya:


1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk adunan. Tuang air suam sedikit demi sedikit dengan kelajuan yang rendah.

2. Tambah kelajuan perlahan dan putar adunan.

3. Putar sampai adunan melekat pada beater.

4. Sampai jadi macam ni.

4. Tutup kemas biar naik sampai 2 kali ganda.

5. Dah naik, jemput dengan jari dan goreng dalam minyak panas (deep frying). Seperti dalam gambar hari tu.

Minyak kena betul2 panas. Kaimati akan timbul sendiri bila minyak cukup panas. kalau nampak kaimati cepat sangat brown, perlahankan sedikit api (tidak terlalu perlahan cuma jgn sampai cepat hangus ~ harap boleh faham ). Kena balik-balikkan selalu. Dah kuning perang cantik, angkat, tuskan minyak sekejap. Dah siap letak batch kedua dalam kuali, bolehlah celup dalam air gula. Sekejap je.

6. Ops! sebelum goreng tu (agak2 kaimati dah nak cukup naik)elok buat dulu air gula. 3 cawan air + 3/4 gula pasir. Masak sampai bertali tp tdk terlalu pekat.Cuba ceduk dengan sudu pastu tuang semula dan tengok, kalau jatuh tak putus air gula tu, makna siap. Tutup api, biar suam. Kalau panas, nanti kaimati kepet bila kena celup.

Selamat mencuba. Main masak2 ni kena cuba banyak kali baru menjadi. Tapi janganlah sampai air liur pulak jd penyedap rasa...ye dak Tuan TJ?:D

Tuesday, January 26, 2010

Nak sandals?



Adakah kita dalam senarai menunggu? Kesusahan hidup akan menjadikan kita fundamental muslims? Betul ke? Kalau ikut sirah nabi2 kita, memang tak betul. Nabi Sulaiman alaihissalam, adalah raja bagi manusia dan jin tetapi tetap beriman teguh kepada Allah. Begitu juga Khadija isteri Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar r.a., Osama bin Laden, contohnya. Payah nak percaya orang2 kita (Islam) lebih suka/meminta sandals daripada Islam.

Thursday, January 21, 2010

Main Masak-Masak




Kaimati. bebola bergoreng di sira air gula. Biasanya koi buat untuk bukak puasa. Ni buat sebab ada permintaan dari kawan Abuzaid.

Wednesday, January 20, 2010

Cerita Lama II



Ni cerita lama juga. Hujung tahun lepas, atau kata lain, bulan lepas, koi gi jumpa pakar neurologi untuk tangan koi yang kena carpal tunnel syndrome (CTS) ni. Nama dukturnya sama macam nama Nabi. Mudohnya, koi tulih Dr.E je la. 3 bulan kena tunggu, baru dpt jumpa dgn Dr.E. Kat sini tu kira standard la lamanya kalau nak jumpa doktor pakar.


Tangan koi daripada sakit dengan sesemut yang teramat, asal bangun tidor je, bengkok sokmo, bila sampai masa temujanji, bengkok dah tak de, cuma sakit dgn sesemut je. Ketnya koi pegi jugalah koi jumpa Dr.E. Guane tak pegi, menyapu, menulis lama sikit pun tak boleh. Julie (ECE consultant anok kck koi) yg sudi antor sebab kebetulan Julie dengan anak murid dia, Megan datang ke rumah untuk lawatan mingguan.


Pendekkan cerita, Dr.E bagi salam ke koi masa dia panggil koi. Dalam sijil kedoktoran Dr.E, koi nampoklah nama penuh dia. Hujung nama dia ada Ghulam. Dalam hati koi, takkan India kot?Tak gaya pun. Peramoh juga Dr.E ni. Kena pulok dengan koi yang kiranya 2x5 jugalah.. :)

Borok2 lah koi dengan Dr.E dari pasal pakaian koi, bersabit2 sampaisambil dia letok wayar cas letrik kat jari2 koi (nok kira tahap mana CTS koi). Terkujat2 jari koi kena cas.

Mende kaitannya dengan gambor di atas tu? Baca la terus kalau nak tau....
Dr. E: asal mana?
Koi: malaya..
Dr. E: bior betui! ( hehe..sebetulnya dr.e kata, i would have never guess..2x dia sebut gitu.. ye la, abuzaid pun kabo, koi ande gaya org red indian...)
Koi: doktor dari India ke? (takkan doktor je blh menanya, pesakit pun nok jg.. )
Dr.E: ngape?saya ada gaya org India ke?
Koi: dok la... saya agok je..
Dr.E: saya dari Afrika...
Koi: (dlm ati koi, Afrika?) Uganda?
Dr.E: Kenya.
Koi: laa.....org mombasa ke?
Dr.E: Nairobi.
Koi: suami saya pun orang Kenya, ketnya dari Mombasa.
Dr.E: Arab?
Koi: ye..
Dr. E: cakap swahili?
Koi: ye, dia ckp swahili..
Dr.E: aok?
Koi: saya tau sepatah dua je...
Dr.E: mi na penda wewe...
Koi: tu belum belajor lagi... heheheh..
Dr.E: balik kang aok ckp gitu ke suami aok..
Koi: apa maknanya?
Dr.E: i lap u! (pohpaleh! doktor ni ..koi ingat mende la maknanya tadi... :D )
Koi: pe dia nok kabo? (koi lupa..)
Dr.E: nanti saya tulih.. (dr.e lah yg tulih kat atas tu..)
Koi: ye lah, tq... heheheh...
Dr. E: ngape aok datang sini? tak cukup salji kat malaya?
Koi: a ah..heheheh .. (dlm hati koi plk kata, bior betul doktor ni. org malaya tak blh dtg ke sini ke?)
Dr. E: bior betul!! (kali ni nampok dr.e mmg bersungguh nok tau ..)
Koi: sebab saya kawin..
Dr.E: aok nok kabo yg suami aok dari Kenya pegi ke Malaya ambik aok pastu terus datang ke sini?
Koi: ye, gitu la kira2nya.. (ish! tak de psl koi nok bercerita panjang lebor ... )
Banyok lagilah dia ajok koi berborok. Lepas siap cas2 jari2 koi, dia kabo, tangan kanan koi teruk sikit CTSnya drp yg kiri. Dia suruh koi terus pakai brace tgn. Datang semula lps 6 bulan. Kalau tak elok lagi, kena lah operate. Sebelum dia keluar, sempat dia kata, "kwaheri". Dalam tergamam, tak tau mende nak jwb sebenornya, koi kata "kwaheri" juga.. :).

Tuesday, January 12, 2010

Cerita lama


Rambotan. Rambut kering, tapi isi molek. Manis? Nehi.


Buat pizza. Esoknya nak buat lagi Abuzaid kata.. "we are not Italian!" :D


Sambil2 tunggu farmasi buka, sms dgn adik koi, sempat ambik gambor supermarket Sunny ni. Tak berani ambik gambar kat dlm takut tokey maroh. CCTV ado wooo...

Friday, January 8, 2010

Prediction



Dah byk kali saya tengok video ini. It's amazing. I am really curious for the fact that we (human) can actually read someone else's mind. Not by throwing spells or voodoos alike. Kind of spooky e, but interesting.

Now check out this video. You see what I mean? Or.. is he just being funny?

Feveret


Lauk yang paling popular masakini. Popular di rumah koi. Senang dan sedap moto koi. Jadi dalam seminggu paling kurang 3 kali koi buat lauk ni. Daging kamben. Abuzaid peminat tegar daging kamben. Healthy recipe la kiranya. Ada sayur-mayur, bawang2 bagai.


Kena marinate dulu biar mesra daging dgn ahli2nya. Tutup dgn foil. Bako dlm oven, kiranya sesuai la untuk Abuzaid koi yang bercita2 tinggi nak menten ketidak boroi-an-nya itu.

Lauk ni nak buat makan pagi,tengahari, malam, boleh belaka.


Ni makan pagi koi.
Kena dengan chai.. Alhamdulillah, nikmat.