Tuesday, May 5, 2009

Koleksi Terbaru











Yang dua di atas untuk koleksi sendiri.











Yang ni messenger bag. Abuzaid komen, flap tu nampak herot sebelah. Tengok lama2 pulak nampak macam gaya beg perempuan. Payah jugak nak buat dan pilih warna untuk untuk orang lelaki pakai. Warna cerah kang cepat pulak nampak kotor. Cadangnya nak buat sekali lagi. Camana bro JP?

12 comments:

AzMaslenda said...

Kak, cantiklah beg akak ni... akak jual ke???

INTAN RH said...

Kak, beg pink kat pic #1 tu cun...tp beg lelaki tu mcm sesuai utk lelaki lembut jek...hehe

ni komen telus, jgn marah arr...

Eyna's said...

Sy plak suka tgk gambar beg yg jadi koleksi akak warna cream ke apa tah...hehhe...

ummzaid said...

Mas..
tqvm ...akak tak jual lagi, baru nak belajar2 je ni..

Aida..
komen dialu2kan..tq..

eyna..
tu sbb dia jd koleksi sendiri..hehe..
kita sama taste ye... :)

jawa peranakan said...

saya sokong apa2 kegiatan yang menyumbang kepada pembangunan industri kecil dan sederhana..

cuma nasihat kepada pengeluar yang ingin membekalkan beg sebegini untuk pasaran malaysia agar melengkapkan beg tersebut dengan ciri2 anti ragut kerana aktiviti ragut telah kembali aktif di malaysia..di johor semalam seorang wanita hamil 3 bulan telah maut kerana cedera ketika diragut..

Dalila said...

cewahh... lagi cute beg yg ni... minat sungguh saya.. nampak cam dah makin expert akak sekarang..bolehlah bukak kedai nnti ek..

AzMaslenda said...

kak, kalu nak jual bagi diskon kat member ye..

ummzaid said...

JP..
Hari ni seorang lagi wanita hamil jd mangsa peragut beg..
Letak dlm raga motosikal/basikal, kena ragut, selepang kat badan/bahu kena, ltk dlm kereta pun kena juga...
apa nak jd dgn bdk2 kita?

agak2nya apa dia ciri2 anti ragut tu JP?

Akak pun sokong sama.. :)

Dalila...
Belum terer lg la Dalila..asik kena buka semula je..Tah2 terus tak bukak kedai... :)

Mas..
InshaAllah.. diskaun kaw2 punya... :)

jawa peranakan said...

ciri2 anti ragut terbaik ialah HUDUD..

ummzaid said...

bukan utk ragut je, malah semua jenayah pun bro jp..hukumannya tak leh nak tanding dah..

tp kak nak idea utk beg.. kalau ada la..pls

sesiapa pun boleh gak bg cdgan..tq.

jawa peranakan said...

cadangan 1..
akak buat tali beg yang boleh diadjust panjang pendeknya.. maka boleh digunakan oleh semua org tanpa mengira saiz tubuh..

beg tu nanti kalau KEH NOK KEH SEBET..

ummzaid said...

tq atas cdgan..

nanti keh cari pengadjustnya..

le ni keh sebat dulu le beg tu ye.. :)