Pagi tadi angin ribut. Bukan ribut salji tapi ribut hujan. Kuatnya angin sampai bersiul2 dengarnya. Pokok2 melentuk2 pucuknya ditiup angin ribut. Alhamdulillah tidak ada yang tumbang. Macam dalam gambar. Gambar itu di ambil daripada sini.
Isnin depan cuti umum. Cuti Hari Keluarga. Tak tahu pulak ada Hari Keluarga. Betul, sejak anak2 bersekolah di rumah, saya kurang tahu pasal cuti2 khas umum. Kalau tak baca paper online atau pun dengar bunyi mercun ( Canada Day ) memang tak tau sampai sudah.
TV ada tapi kami tak tengok sebab kabel tak pasang. Guna antena dalam rumah, gambar tak terang. Sakit mata duk tengok gambar berbintik2. Lagipun memang sengaja tak nak pasang kabel sebab tau je lah rancangan2 TV sini, kalau tak dipantau, macam2 anak2 boleh tengok. Itu pun anak dara saya dah tau pasal Hannah Montana, Miley Cruz/Cruze(?). Dia kata Miley Cruz tu la Hannah Montana. Ye ke? Saya sendiri pun tak tahu.
Esok kalau cuaca elok dan ada izin Allah, saya nak bawak anak2 ke Library. Pastu ke Tim Horton. Nak pekena kopi perasa French Vanila, untuk anak2, cokelat panas dengan donut. Sian anak2 saya, sepanjang musim sejuk, boleh bilang dengan jari hari2 mereka keluar rumah. Tapi elok gak tak keluar, tak de lah mereka kena selsema, batuk teruk banding masa mereka ke sekolah dulu2, alhamdulillah.
p/s: Saya sambut Hari Raya Aidilfitri dan AidilAdha je...
6 comments:
bole buat Snow wash lah kut
emm bila la nak rasa main ais salji ni yer...kat piramid ni ada la gak satu tempt...hehehe
Yer la Kak June,
Budak handsome kat rumah ni pun dah tak kisah pasal Magdalina ker, Olie Golie Polie yang sopan berbahasa tuh..
Tak habis2 dengan Hannah Montana, That's so Raven, Sweet Suite of Zack and Cody..
Hari tu yang Std 1 tuh tanya maksud "kembar seiras"..jenuh nak explain... bila refer kat Zack and Cody, terus faham !
bro ubi..
salji mmg dah cair seblm ribut hujan tu..
Sis..kumpul lah witnya..meh la coti2 Canada plk..asik coti2 malaysia je.. :)
DP..
hehe..
tu la..
kdg2 ada jgk faedahnya rancangan tv tu tapi yg tak elok tu lg lah byknya..
anak aku suka layan cenel Playhouse Disney..bahasa pun mmg molek2..kartun tak kasar mcm tom n jerry yg sekeh sini sekeh sana
betul la..
bugs bunny pun gitu..
kome baru ni tau bug bunny tu dorang buat bukan utk budak2 sebenarnya.. patut pun la ..
tapi anak kecik kome suka sgt dgn bugs bunny..
Post a Comment