Monday, February 16, 2009

Walau Pahit

Bukan.. bukan nak bercerita pasal makan peria atau daun mengkudu, tetapi nak bercerita pasal BERCAKAP BENAR. Bukan makan peria ke daun megkudu je terasa pahit kat tekak tapi kadang2 nak bercakap betul benar pun bukan saja terasa pahit tapi rasa macam ada benda tercekik di kerongkong.

Bercakap benar ni aliasnya ialah TIDAK MENIPU, BOHONG, KELENTONG atau kata orang koi, PEDO-OH. Siapa tak pernah menipu sepanjang hayat? Tak pernah pedooh walaupun sekali. Sekarang ni tak pernah menipu, dulu2 masa kecik2? Tak pernah jugak ke? Amboi..! Maksom bebenorlah deme.

Tak kiralah pernah menipu ke tidak ke saya bukan nak provoke atau cari pasal dengan sesiapa, cuma terfikirkan keadaan hari2 kita(manusia) yang kadang2 terpaksa TIPU SUNAT. Heh.. Tipu sunat ... tang manalah sunatnya kita menipu waktu itu?

Antaranya Rasulullah s.a.w bersabda ..

It is narrated from Ibn Mas'ud - Allah be well-pleased with him -- that he said: "Allah's Messenger said: 'You must be truthful! Verily, truth leads to righteousness, and righteousness leads to Paradise. One is ever truthful and pursues truthfulness until he is recorded, in Allah's presence, as most-truthful-and-trustful (siddiq). Beware of lying! Verily, lying leads to depravity, and depravity leads to Hellfire. One constantly lie and pursues falsehood until he is recorded, in Allah's presence, as a liar.'"

The above is narrated by al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, and al-Tirmidhi, who declared it sahih - the above is the latter's wording - as mentioned in al-Targhib and elsewhere.


Contoh, kisah yang berlaku baru2 ini.. pembantu rumah yang menyimpan bayi di dalam laci almari. Perlukah dia menipu majikan? Bolehkah dalam keadaan itu dia atau sesiapa sahaja menipu? Sunatkah dia menipu diwaktu itu?

Selalu sangat kita dengar atau baca manusia lebih takutkan manusia daripada takutkan Allah S.W.T. Hipokrit kah kita kalau kita kata kita lebih takutkan dosa daripada takut hilang pekerjaan? Hipokrit ke?

The Prophet Muhammad (peace be upon him) was asked: "Can a believer be a coward?" The Prophet said: "Yes." He was then asked: "Can a believer be a miser?" He replied: "Yes." And finally, he was asked: 'Can a believer be a liar?" The Prophet said: "No."

- Al-Muwatta, Volume 56, Hadith 19

1543. 'Abdullah ibn 'Amr is that the Prophet, may Allah bless him and grant him peace, said, "If anyone has four characteristics, he is a pure hypocrite, and if anyone has one of them, he has an aspect of hypocrisy until he gives it up: whenever he is trusted, he betrays his trust; whenever he speaks, he lies; when he makes an agreement, he breaks it; and when he quarrels, he deviates from the truth by speaking falsely." [Agreed upon]

Apa yang boleh difahamkan dari 2 hadith di atas? You tell me....

Orang2 tua kita dahulu juga sudah berpesan..

Siakap senohong
gelama ikan duri
bercakap bohong
lama2 mencuri

Ada kebenaran ke tak? Tentu ada kan? Ingat dulu2, masa kecik2, orang kata, kalau menipu nanti hari kiamat kena potong lidah. Takut sangat masa tu... sekarang?

p/s: terpaksa c&p hadith dlm BI sbb tersgt lah cepatnya kalau google dlm BI berbanding BM..

20 comments:

Anonymous said...

menipu dalam perkara berikut boleh :
i)MENGERATKAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI. cth:walaupun isteri rasa kopi yang dibancuh oleh isteri sedap sikit dari air longkang,tapi suami tak boleh terus terang..sebaik-baiknya cakap "AMBOI..SEDAP BETUL KOPI YANG SAYANG BUAT NI.." lepas tu ajak dia minum sekali..baru dia tau..

ii)MENDAMAIKAN 2 ORANG YANG BERGADUH. cth:kita aa kawan iaitu A & B..si A beritahu kita yang si B cerdik sikit dari lembu..kita tak boleh sampaikan kepada si B.. bimbang ditumbuknya si A..sebaik-baiknya kita kata kepada B.."B..A KATA KAU NI BIJAK MACAM KANCIL.."

benludin said...

sambung dari JP,
iii) menipu untuk menyelamatkan nyawa.Contoh:ada gangster tgh mencari kawan kita(yg berasal dari Ulu Tembeling). Gangster berniat utk membunuh. Kawan kita menyorok didapur rumah kita. Bila gangster tanya.."ada nampak sipolan tak?"..maka kita terpaksa menipu dengan niat untuk menyelamatkan nyawa kawan kita.."err..tak nampak.Rasanya dia balik kampung tok wan dia di Austria.." cewahh...maka gangster tu jawab "ooo...tak per..esok saya beli tiker k/terbang.Nak cari dia kat Austria"....selamat kawan kita kan???

panjang citer ni.padahal boleh dipendekkan...hehehe

benludin said...

seksyen (iii) sub (a):Lurus Bendul!
contoh: Pasal gangster juga.."ada nampak sipolan?"..aku jawab."ada..dia nyorok kat dapur.Tadi dia baru lepas pekena kopi dengan aku.Nak aku panggil dia ke?"...

IKRAB family said...

org utara ckp `hang jgn nak auta/ ota kat aku' maksudnya jangan nak tipu.

kak, cantik berbunga2 frame blog ni hehehe.

Anonymous said...

hahaha!!
ben..lu punya contoh paling killer la..hahaha!!!

boleh dapat tali pinggang hitam dalam seni BOBOK..

Anonymous said...

tapi AWAS!!
hanya berkesan jika digunakan ke atas gangster OKU Akal sahaja..

Anonymous said...

jp,
aku teringat masa tu aku tgh tolong potong bawang kat dapur,sambil dengar MHI rtm.ustazah dlm tv tu kata ada tipu sunat.contoh mcm aku citer kat atas tu la.kalau tak dgr,aku pun tak tau..

terimakasih rtm.gua rindukan kan rtm dulu2.zaman pilem indon benjamin s dan pilem2 arahan jins samsudin.(selingan)

Anonymous said...

t/kasih bro jp dan pokcik benludin..

banyak ilmu deme berdua ni rupa2nya.. MashaAllah..

contoh kelakor pun mesej sampai.. :)

sis..

langsir baru ada tassel lg tuh.. hehe..

bro jp..
bobok tu apa sebenarnya?

ben..
suami mithali jg deme ye..

IKRAB family said...

kak, langsir umah akak ni mmg classs hehehe.
ben,hang ingat dak ada citer sorang abid ni dulu dia masa kecik dia nak pi belajaq agama...dlm perjalanan dia jumpa dgn penajhat2 perompak.dia tak tipu bagitau mana dia simpan duit.akhirnya perompak tu pun bertaubat.aku fikir klu keadaan skg ni,boleh buat ke mcm tu?

benludin said...

ada masa dikesali..:)

Anonymous said...

ummzaid..
BOBOK = PEDO'OH = BOHONG..
org canada panggil LIAR..

ben..
MHI (Malaysia Hari Ini) tu TV3 la.. bukan RTM..
m'bobok je aok nih..

Anonymous said...

ummzaid..
ilmu hak Allah..kita pinjam je..

Anonymous said...

sis..

kelas-ik..hehe..jemu nanti tuko lg..

~ nanti sambung reply komen..ada hal sat..~

Anonymous said...

sis shima..

tu la indahnya Islam. u never know by bercakap benar shj, boleh mengubah hati yang tidak baik..kira2nya masa tu bdk tu pilih life la..instead of money..

wonder how much la duit budak tu ada yg perampok tu nak rompak duit dia..

ben..

biasa la..
deme bukan paksom.. :)

bro jp..

ooo...pedo-oh rupanya..
pedo-oh yang liar or..
pedo-oh the liar...
raban dah..
hehe..

betul..betul..semuanya hanya pinjaman..dan akan ditanya di"sana" kelak, bagaimana kita gunakan semua yg dipinjamkan itu..

satu soklan utk bro jp atau sesiapa yang tahu..

bro kata suami boleh menipu isteri utk mengeratkan hubungan suami isteri..

1. macamana pulak kalau isteri tipu suami utk niat yg sama?

Anonymous said...

ben..
jawap..

Anonymous said...

masa kawin,suami kelihatan kacak dengan berat badan 68 kg.

lepas 10 tahun kawin,berat badan suami dah jadi 168 kg.

isteri tetap kata suami tu kacak.

kalau dalam keadaan di atas,maka ianya boleh.

Anonymous said...

kesimpulannya boleh la kan?
tapi kena fahamkan lah dulu jenis tipu tu ye...

benludin said...

haha...aku lak kena..dia tak sbut nama aku pun...

tipu jenis ni boleh dikategorikan sebagai...ambil hati...atau bodek..

benludin said...

tp jangan la terover amik hati lak..contoh:
"jp..suara kau ni sedap la...kalah suara jamal abdillah"

maka jp pun bersemangat utk masuk audition AF7...

bila nyanyi je..juri kata.."jp..suara cam katak nak nyanyi.kalau tak nyanyi lagi bagus!"

jenis ni bahya....melibatkan emosi sesorg bila dia tau yg dia mmg tak best rupanya...

Anonymous said...

tak pe ...bro jp high spirited punya org.. hehe...