Tuesday, January 27, 2009

Berita 2

1. Makcik (Mama Umeya)yang koma di dalam n3 lepas, meninggal dunia kelmarin (Ahad). Hari itu kami tak jadi pergi menziarah Mama Umeya di hospital. Tinggal Baba Umeya. Tahun lepas anak lelaki dia pegi menyambut panggilan Ilahi. Innalillaahi wainna ilaihi raajiuun..

2. Di dalam blog yang saya delete hari tu ada cerita berkenaan jiran yang dibunuh. Mayatnya dijumpai di dalam semak ditepi jalan keretapi di sebelah kompleks perumahan ini. Minggu lepas, Abuzaid bagitahu, pembunuh2nya (2 orang) dah ditangkap. Beritanya di sini. Dahulu, saya jangkakan tentu budak2 geng lepak yang punya kerja. Tetapi rupa2nya bukan. Kedua2nya pernah duduk di kompleks ini juga.

Minggu lepas, sempat berborak dengan Zenith (balu simati). Jumpa dia dengan 3 orang anak2 yang masih kecil dlm perjalanan saya balik dari bilik basuh kain. Sempat saya tanya apa motifnya suami dia dibunuh, tapi kata Zenith, polis tak nak bagitahu sampai kes ini dibicarakan dimahkamah. Dia kata dia takkan tunggu polis dtg bagitahu tapi dia sendiri akan pegi ke mahkamah untuk dengar sendiri.

Baca kat sini. Kesian tengok Zenith ni. Nampak badan dia makin susut sejak kematian suami ( makin cantik.. ). Dah kerja. Dulu dia duk rumah je. Hari jumpa dia tu, dia bagitau nak ke Honest Ed (tempat saya buat ceminmata tahun 96, pakai sampai le .. ) sebab kat situ ada sale. Jualan murah. Ubat gigi boleh dapat dalam seposen, stokin dalam doploh lima sen. Jauh Honest Ed tu dari tempat kami. Tambah pulak sejuk, malam pulak tu. Dia kata dia tunggu anak dia yang besar (sulung) tu balik jaga adik2 baru dia bole pegi. Kesian kan..

Sunday, January 25, 2009

Berita



Baru je rasanya dapat berita abah diserang angin ahmar, semalam dapat pulak khabar anak saudara Abuzaid yang kena. Muda sangat lagi orangnya. Baru 23 tahun. Anak 2 orang, kecik2 lagi. Walaupun tak jatuh pengsan (alhamdulillah) tapi muka dah herot sebelah.

Sempat bercakap dengan dia dan isteri siang tadi. Dah pesan supaya jaga diri baik2 lepas ni. Anak2 masih kecil. " I'll try " katanya...

Penyakit keturunan. Dapat dari ayah. Ayah dia pulak dapat dari mak (nenek dia). Umur muda tak menghalang dari diserang. Seingat saya, anak saudara Abuzaid ni kurus je orangnya. Jenis anak muda jaga badan. Tapi tu dulu la...akhir sekali jumpa tahun 2002. Masa tu dia sekolah lagi. Ni dah kahwin dan ada anak tak tahu lah... Keluarga Abuzaid memang tak de yang besar2 badannya. Tinggi, ye...

Kebanyakkan penyakit adalah disebabkan makanan. Tak boleh makan ikut sedap saja ( siapalah tu ye?..) risikonya sendiri yang kena tanggung. Jadi kena beringat. Makin berumur, risikonya makin meningkat.

Kena banyak puasa lah kalau gitunya. Isnin, Khamis, 13, 14, 15hb tiap2 bulan.. InshaAllah pahala dapat, kesihatan pun sedikit sebanyak dapat diperhati. Exercise....jangan lupa. Kurang2 jumping jack... :)