Wednesday, April 28, 2010

Sambung Sekejap..

Alkisahnya, di suatu hari, dlm pukul 11:40am, saya dengan Doloh sedang menanti bas sekolah. Sambil menanti dan menunggu, saya baca2 dulu la mende alah kat bwh ni..



Tetiba..

Old Man (OM): Which nation are you from? I'm from Jamaica. (Dia ckp slow2 tapi accent Jamaican dia ketara sgt).

Me: I'm from Malaysia.

OM: Malaysia? I live here at number 15. I am a composer. I'm going to sing you a song.

Me: Okay.. (dlm hati-is this my lucky day or my disaster day? :D- malunya rasa, tp tak sampai hati nak tolak..)

OM: lalalalala... Lord..you come..lalala....




(jgn tanya apa yg dinyanyikan sbb saya faham sepatah dua je, Aksen kuat, tambah pulak dia tak de gigi... :)- tgk gambar dia tu. Byk perkataan berdebus2 dan berlepek2bunyinya-wpun dia sedaya upaya nampak gayanya-tengoklah gambar tu sampai pejam2 mata. Saya byk tunduk, pandang Doloh- Doloh pun tersengih2 dengar org tua tu menyanyi. Tak boleh lupa dgn sengehan Doloh- buat saya tersenyum sendiri.. :))

OM: I'm going to sing you another song...

Me: Okay .. (dlm hati...adui laa... )

OM: Lalalalala......
(dgr bunyi mcm lagu yg sama je. tgh dia nyanyi yg lagu ke2 ni saya teringat nak ambik gambar. saya hala kamera hp kat dia, dia buat tak kisah je, saya pun snap je la...)

Arakian, bas pun sampai..

Me: excuse me, we have to go..

OM: you going?

Me: Yes..

(dah siap ltk beg Doloh-say hai2 dgn drebar bas (dia yg lekatkan talipinggang keledar setiap hari utk Doloh) pastu bai2 kat Doloh, saya turun bas tunggu sampai bas pergi.)

OM: Oh..I thought you are going too..

Me:No, I'm going home..

Tak cakap pun terimakasih. Tak ingat, sbb rasanya saya pun jd mcm nervous-first time org nyanyi semata2 utk saya tu.. )

Orang tua tu baru je pindah ke housing ni. Boleh kata hari2 selisih dgn dia. Memang dia menyanyi sokmo- yang saya perasan lagu Billie Jean.
Saya ada bgtau ayoh chu psl OM ni, ayoh chu tanya, tak de dia mintok duit lps tu? :D.. tak de lah sbb rupa2nya dia memang suka menyanyi kat org perempuan.

Tuesday, April 27, 2010

Sekejap..


Bukan saja bersawang, berabuk dah rumah saya ni, lalang pun gamoknya dah tinggi dari rumah. Nak tulis banyak, panjang, virus M masa ni tengah bermaharajalela. Vitamin R tak jumpa lagi.


Bila ntah nak jumpa...




Nak bagitau kepada rodong2 yg rajin, selalu, sekali-sekala sms saya, minta maaf, kita dah tak boleh bersms lagi. Saya tukar carrier. Malangnya, dengan carrier ni saya tak leh terima sms. Hantar boleh, tapi tu pun jenuh menerai.




Jadi, kalau ada apa2 nak bagitau, nak tanya kabar, atau nak bgtau deme rindu ke kome (macam ade.. ), kabor di sini je lah nampok gayanya. Tidak pun email, YM, dan juga boleh aje guna mukasurat buku.




Saya dah mengantuk sgt ni. Saya tinggalkan gambar ini untuk tatapan kengkwn..







Monday, April 5, 2010

Nothing Much

First
Minggu ni cuti panjang hujng minggu. 4 hari, mula Jumaat (Good Friday), weekends, dan Senin (easter). Tak keluar ke mana2. Anak2 saya izinkan bermain dengan anak jiran sebelah (Shemoi) dalam pagar. Budak tu kat dalam pagar dia, anak2 saya dalam pagar kami. Budak2 tu borak2 pastu sambung main baling2 bola, 3 lawan 1.

Second
Flashback ke hari Selasa pagi minggu lepas. Megan datang ke rumah for her last homevisit/placement. Datang dengan Julie. Dah tau sebelum ni, bila Megan habis tempoh placement, Julie takkan take over lagi dah. I will be on my own after this, dengan Abuzaid, of course.

Julie bgtau dia ada suprise. Saya tanya, good suprise ke bad suprise? Julie kata, it depends on how saya akan terima berita itu nanti. Mula2 dia tanya, apa komen saya pasal Megan? Saya komen baik aje. She did well, she is very nice, very friendly, know how and what to do when Doloh is not paying attention (Doloh got carried away bila nampak mainan2..dia mula ralit menengok, tak dgr apa Megan cakap), show Doloh appropriate activities, and ..... senang cakap, I have no complaint.

Then Julie kata, homevisiting will be discontinued! What? And she will be laid off too... kesiannya. Julie berkerja di bwh khidmat North York General Hospital. Kali ni kerajaan buat keputusan nak buat cut back, so, Julie kata, dia dgn sorg kwn dia akan diberhentikan. Begitulah, dah 19 tahun bekerja, kena berhenti. Kesian dengan anak2 yg duk dlm senarai menunggu, yg menanti2 peluang dan pertolongan macam yang Doloh dan saya dapat. Memang beruntung kami sempat mendapat khidmat semacam Julie. She was there dari mula kena daftar dengan sekolah, pegi tengok kelas, ikut sama2 dalam mesyuarat, malah sedia pulak datang jemput dan hantar saya untuk ke mesyuarat bila insuran kereta Abuzaid sangkut. Alhamdulillah, atas segala nikmat dan rahmatNya yang diberikan melalui Julie dan Megan.

Sempat saya hidangkan sambusa, mkata thambi(roti mee siput), dan chai untuk mereka.

~ bersambung~ kena gi tidorkan Doloh dulu..