Tuesday, March 31, 2009

Ralat

Jumaat depan, dimulai dgn khutbah Jumaat (1:30 pm -waktu Kanada / Sabtu - 1:30am waktu Malaysia), akan bermulalah ceramah oleh Shaykh Ali al-Halabi di masjid QSSC. Seperti yang saya khabarkan sebelum ini, InshaAllah.



RALATnya, ingin saya nyatakan, ceramah2 Tuan Shaykh Al Halabi boleh diikuti secara LIVE di laman web QSSC, bukan dari paltalk seperti yang saya war2kan sebelum ini. Jangan lupa cek jadual waktu ceramah di sini.



Harap maklum dan harap maaf.

Sunday, March 22, 2009

Kena Tag Lagi..

Jawab tag Dalila dulu. Tajuknya .. How Well Do You Know Your Husband.

update..
~~ gambar dah di delete ~~


Taaakkk....tu bukan Abuzaid. Tunjuk kat anak2 gambar Denzel Washington dgn Will Smith, anak2 kata, Denzel lebih mirip baba deme. Mana boleh letak gambar habibi koi sini. Kang ramai yang minat... Tak de la.... :D

1. He's sitting in front of the TV, what is on the screen?

Berita, bolasepak, Mash.

2. You're out to eat, what kind of dressing does he get on his salad?

Ranch.

3. What's one food he doesn't like?

Malaysian food :( ..pedas ....

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?

Coffee, double double..

5. Where did he go to high school?

Sacred Heart

6. What size shoe does he wear?

8 kot?

7. If he was to collect anything, what would it be?

collect calls.. hehe..

dak aih.. cellfon rasanya, tak pun komputer...

8. What is his favorite type of sandwich?

Bologna cheese sandwich..

9. What would this person eat every day if he could?

Chapatiiiii.....

10. What is his favorite cereal?

cornflakes..

11. What would he never wear?

Bikiniii.... hehe..

12. What is his favorite sports team?

Tak tau...nampak dia tengok semua...

13. Who did he vote for?

Tak de sesapa... malas nak gi ngundi..

14. Who is his best friend?

ramai..

15. What is something you do that he wishes you wouldn't do?

Makan, makan, makan.... saya ada good appetite....

16. What is his heritage?

Arab

17. What is his favourite colour?

Cokolat..

18. What is his habit?

Sorry, tak leh bagitau ...

19. What is he proud of?

Ada ke? Kena tanya dulu lah...

20. Lastly, do you think he will read this?

Tak rasanya... baca pun dia tak faham semua..

Ada sesapa yang sukarela, tawar diri nak kena tag?

Aida, Az, Kaca, Limau Vogeh..

Mana aci KJ je kena tag sengsorang... :)

1, 2 Lagi

Projek saya di masa yang dilapang2kan. Koi sudah jatuh chenta sama ini seni pembuatan beg2 dan purse (por kata org koi.. ). Apa tak jatuh chentanya tidur pun termimpi2 menjahit. Bangun tidur kalau ikutkan hati nak menjahit je....







1. Kosmetik beg. Untuk saya sendiri la. Cacat cela masih ada sebab saya baru belajar. Try and error ma...








2. Ni, untuk kawan yang masih di Lundang. Tadi sms, dia kabo tgh bizi mengadakan lawatan sambil membeli dan belah, di car boot dan factory outlet kasut. Kalau enti suka, alamat kasi sama ana ya...



Projek lepas ini, sepatutnya untuk org yang pegang nombor 3 ... :). Tetapi nak bgtau , heat & bond (fusible interfacing) saya dah habis. Benda ni saya guna untuk buat beg jd lebih keras. Yang ada cuma batting ( isi dlm quilt) dan felt saja. Yang ni tak sesuai untuk messenger beg. Makanya, saya dengan ini meminta supaya pemegang nombor 3 mengizinkan saya memotong line dia dulu sementara menunggu saya dapat beli heat & bond itu. Boleh kan Bro JP, akak buat untuk sis Anon dulu... :)?

Thursday, March 19, 2009

Kibr

Hadith - Mishkat Al-Masabih, Vol. 2, p. 1021

The Prophet said on the authority of Ubayy Bin Ka'b: "If anyone proudly asserts his descent in the manner of the pre-Islamic people, tell him to bite his father's penis, and do not use a euphemism".

Hadith di c&p dari Muttaqun Online.


Pernah dengar atau baca hadith di atas? Saya belum pernah sehinggalah semalam. Sewaktu mendengar rakaman khutbah Jumaat dari laman website QSSC. Khutbah bertajuk "Pride/Alkibr".


Berbalik kepada hadith, kenapa Rasulullah s.a.w bersabda begitu? Please, cuba dengar sendiri. Khutbah yang sangat baik, MashaAllah.

Mencari lebih penerangan berkenaan hadith itu, saya berjumpa dengan makna "euphemism" di blog bro Rasheed Gonzales sebagai "sugarcoat" ( i.e., don’t sugarcoat what I’ve told you to tell this person).” Senangnya, tak payah guna metafora.

Tidak akan masuk syurga bagi yang ada rasa bangga walau sebesar zarah (atom) sekali pun.

Khatibnya adalah anak lelaki jiran saya. Bro Abdul Aziz. Di lahirkan Mombasa. Muda sangat lagi orangnya. Agak2 saya, umur dia dalam awal 20an. Ketrampilan, sejak lepas sekolah (high school) tak pernah sekali pun nampak dia kecuali dengan kandura (jubah). Janggut dan jambang lebat, MashaAllah. Sangat warak orangnya.

Sheikh Ali Hassan Al Halabi Seminar 2009





Sheikh Ali Hassan Al Halabi Seminar 2009
الشيخ علي حسن الحلبي

40 Hadeeth on the Islamic Personality
أربعون حديثا عن الشخصية الاسلامية
Starting Friday April 10th, 2009 and Finishing Sunday April 12th, 2009

Note: Video and Audio Broadcasting will be Live
!!

Jadual lengkap ceramah boleh dilihat di sini. Seperti biasa boleh diikuti melalui paltalk. Perbezaan masa antara Kanada dan Malaysia ialah 12jam.

Monday, March 16, 2009

Satu Lagi



Yang ni untuk anak dara. Cuba buat messenger bag. Bolehlah dia letak buku cerita dia bila keluar. Biasanya anak dara koi ni letak buku cerita dlm jabir plastik je.





























Hari ni (Isnin) dalam pukul 12 tgh macam biasa saya siap2kan anak kecik untuk ke kelas playgroup dia. Dah siap, berjalanlah kami dua beranak menghala ke kelas. Sampai kat pintu luar nampak tertutup rapat. Dalam hati kata, ni mesti kayu kecik penyendal pintu "terlari".Tarik2, sah! memang tak boleh bukak. Tangan dah nak mengetuk pintu, pastu baru teringat..... March Break!!

Koi lupa. Sini pun sekolah cuti. Seminggu.

Thursday, March 12, 2009

Koi Gumbira...



Sebab koi telah berjaya menyiapkan beg ini.Alhamdulillah, syoknya.....
Abuzaid kata, 'Good..zippernya?'.
Koi kabo, 'tu my next project.. :)'. Sukernya koi.






Meh tengok gambos (plural kan..)..









Nak berkongsi gumbira dengan deme semua. Lagipun dah kabo kat rodong koi yang akan "terbang" ke Lundang esok (Jumaat) itu, nok letok gambo beg ni di blog. Ke Lundang 'ada keje sikit', dia sms. Marilah kita ramai2 doakan rodong koi tu selamat pergi dan selamat balik. Ameen.









Meh tengok lagi beg koi... :D




pohpaleh..puntang panting gambor dgn tulisan koi. Tak pe, seni tu weh......

Tuesday, March 10, 2009

Makan Angin

Ahad lepas, abuzaid ajak pegi rumah pakcik dia di Whitby. Tak jauh, dlm 45 minit dari Toronto.

Pakcik abuzaid beli rumah di sana. Kawasan baru bukak, Abuzaid tak jumpa cari peta jalan dalam internet. Sampai dlm van bukak pulak buku peta, tak jumpa juga. Last2 abuzaid kata, 'pegi je la..sana kang kita cari..'




Dah sampai kat Whitby, Abuzaid benti kat gas stesen ni. Masuk kedai situ, pegi tanya orang dalam kedai tu. Malas nak tanya , ngape tak call je pakcik dia, tanya arah.




Sebelum keluar kereta, Abuzaid tunjuk kat kereta tu. Dia kata, "mahal kereta tu..". Sementara tunggu, saya klik la gambo kereta mahal itu. Tuan punya kereta tu tengah isi minyak jd gambar dia pun masuk sama.





Tu abuzaid dah keluar. Masuk kereta, Abuzaid kata kita dah terlepas simpang. Pusing belakang, berhenti dulu beli kek buat buah tangan.



Dah jumpa jalan, rupanya ejaan lain dari yang disebut. Steamer disebut Steama.. :)

Saturday, March 7, 2009

Sign of Coming Spring


Tanda awal, jam akan dimajukan sejam ke depan mulai pukul 2 a.m hari Ahad ini (esok) waktu Kanada. Day-light saving time. Selalunya time ni masing2 berkesah pasal kurang tidur. Time tidur terpaksa dipendekkan sejam.

Ikut kalendar, spring tiba pada 20 March. Suhu dah semakin naik. Semalam dan hari ini, hujan. Hujan dijangka akan lebih kerap lagi semasa spring.

Sekarang matahari terbit pukul 6:30 pagi. Bila maju sejam, akan jadi pukul 7:30pagi. Dan masanya akan berkurang seminit setiap hari sampailah bila musim panas, siang jd semakin panjang sampai Maghrib masuk pukul 9 malam. Gambar atas diambik dari sini.

Alhamdulillah, masa tu bebudak sekolah cuti panjang. Kalau tidak bukan senang nak suruh deme masuk tidur kalau kat luar matahari ada lagi. Anak2 saya homeskool kira ok lah.. tapi dah bgtau awal2 kat anak lelaki saya, "masuk summer kena buat kerja sekolah cepat2. Nanti petang Jemmoin (tak pasti ejaan-anak jiran sebelah) dah panggil2 kat pagar ajak main..".

Masuk summer budak2 sini jarang duduk di rumah. Sampai malam pun bising kat luar rumah. Anak2 orang lain lah. Spring, summer banyak acara berlangsung. Masing dah buat plan nak pegi sana sini. Saya pun ada plan gak. Kali ni tak kira. Dapat tak dapat nak gi jugak. Boleh gitu?

Ralat: Maaf, saya tersilap..jam dimajukan sejam kedepan bukan kebelakang.N3 dah dibetulkan. Maaf sekali lagi....

Kampung Boy



Semalam bawak anak2 pulangkan buku2 library yang dorang pinjam. Jumpa buku Kampung Boy. Apa lagi, saya pun ambik la. Dah baca lama dulu, masa saya budak2. Masa tu terangkak2 baca.Ni kira nak baca semula.Mana tau kot2 dah boleh belari... :)

Rasa bangga pulak komik Dato' Lat ada kat perpustakaan sini.

Tuesday, March 3, 2009

JukumuLetu



Buku The Excellence of Aaishah The Mother of The Believers adalah usahasama JukumuLetu.org dan almuflihoon.com



JukumuLetu adalah pertubuhan yang diusahakan anak2 muda di sini yang berasal dari Mombasa, Kenya. Misi mereka untuk membantu menyekolahkan anak2 yatim di Mombasa yang rata2nya tidak berkemampuan. Chairman nya sendiri adalah anak yatim.
Saya sudah membaca buku itu. Ia adalah kompilasi dari ayat2 suci al-qur'an, hadith juga kata2 para imam ulamak2 dari zaman sahabah hingga ke hari ini.



Petikan dari buku itu..
Kata2 dari Ibn Abbas..


And Allah revealed your clearence of sins from above the seven heavens, thus there is no masjid on earth except that that (revelation) is recited in the lngth of the nights and days.


And your necklace was lost in the night of Abwaa, so the Prophet (sallallaahu 'alaihi wasallam) and his companions looked for it until they stopped and then discovered they had no water (for ablution), so Allah revealed:


"...And if you find no water, then perform tayammum with clean soil and rub your faces and your hands therewith." (4:43)'.


So in that was permission to all the general people in the whole ummah, just because of you.


So, by Allah, indeed you are blessed."


She (Aaishah)said:

'O Ibn "Abbas, leave me off from this (praising). For by Allah, I wish that I was one of those forgotten and unknown.'


Nak baca lagi? kenalah beli. Tak mahal, cuma $C6 x 3 = 18 hinggit. Plus tax dgn kos pos, rasanya tak sampai 50 hinggit.


Satu yang terlekat di minda, bila Aaishah r.a meminta izin Rasululla s.a.w. untuk ikut berjihad, jawab Rasulullah s.a.w, jihad perempuan adalah menunaikan haji...


Saya tak tahu pun sebelum ini. Allahu akbar...
Kena cari hadith itu untuk kesahihan buat diri sendiri.. InshaAllah.