Wednesday, December 24, 2008

Kek Keju Ribut Atas Riba

1. "Aida.. ingat tak, hari tu aida kata, elok kak beli laptop...? Guest what? Alhamdulillahi rabbil'alamin, semalam kak dpt dah.. :) Kawan abuzaid bagi free. Jenis lama jadi, tak delah horny macam laptop baru kaca tu, tapi working fine, mashaAllah. Abuzaid kata akak boleh guna untuk merempit semula di blogs dan di forum. Bestnya..... ngeee (tiru limo .. ). Sayang abuzaid.. >:D< . Semalam dan hari ni juga my habibi duk mengodek laptop ni ..tambah memory, letak antivirus dan macam2 lagi. Alhamdulillah.. alhamdulillah.... Gembiranya hatikuuuu...hehe.... "

2. Kami dilanda ribut lagi minggu lepas. Menambah timbunan salji yang masih bersisa dari ribut yang datang minggu terdahulu. 2 kali. Selang sehari. Jumaat dan Ahad. Hari ini hujan. Salji yang melekat diatas pagar habis cair. Yang di atas tanah masih berbaki. Suhu masih diantara -1 ke 3 darjah Celsius. Dengan suhu sebegitu, ditambah pula dengan hujan yang akan turun, salji yang mencair akan membeku ais. Akibatnya jalan2 akan menjadi licin dan amatlah merbahaya.. SubhanAllah. Ini akan menambahkan lagi "cinta" saya untuk keluar dari rumah... "sigh"...

3. Bila asyik di rumah saja, mulalah kepala memikir "apalah yang boleh dingap-ngap.. " . Abuzaid ada beli creamcheese berblock2 dan berbekas2 (byk bekasnya..bukan tinggal bekas je .. :) ). Tau dah dia mmg suka sesangat dengan cheesecake. Jadi mulalah agenda saya menelek youtube cara2 untuk membuat cheesecake yang ada "ummph..". Almaklumlah...saya ni manalah reti masak2 ni. Makan, retilah... ;).

Mula2 buat 1 blok je. Hasilnya, sepotong pun abuzaid tak habis. "Ngape keras?" abuzaid tanya. Saya pun tengok lagi kat laman web yang buat cheese tu. Tengok video. Anak2 pun menenggek sama. "Beli sour cream.." mintak saya kat abuzaid.

Dah dapat krim masam, pagi2 lagi saya pun mula mengodeh2 kat dapur. Dah siap sejukkan dalam peti es...

"rupanya nak kena letak krim masam ye.. " kata abuzaid.
"a ah .. ada 2 versi kek ni..bla bla bla ". Kononnya saya ni bercerita...
"Ni awak letak banyak sangat krim masamnya?"

Hehehe..... punyalah berhemahnya somiku menegur masakanku....

10 comments:

az said...

Salam..
Krim masam tu yogurt kan?
Yogurt orang arab buat lagi sedap tau.

Anonymous said...

errr...apsal tak suh AbuZaid belikan sebijik yang horny sikit kak ? Baru sedap nak menggodek..eheh.

.Kaca.

Anonymous said...

Waalaikum salam warahmatullahi wabarakaatuh..

bukan yogurt Az tapi mmg sour cream..
kak tak pernah lg try yogurt org arab..apa bezanya Az?

krisis ekonomi ca...
sini dah in recession..org Malaya tak pe lah, Najib kata ekonomi kukuh.. :)

INTAN RH said...

salam kak...wah3x...ptt la dh update blog ni..hehe...good! Kdg2 idea koi ni ok gak kan..hehe. X kisah la laptop jenis mn, janji blh berblog. Laptop yg aida nye tu, blh pusing kepala gak...siap blh guna jari lg utk login...hehe...dh setahun pakai, alhamdulillah takde masalah lg takat ni... anak2 nk main game, blh tp kena monitor sokmo, silap aribulan penuh dgn kulat ...

benludin said...

mmg betul.ekonomi malaysia terlalu kukuh.kalau tak caya tanya paklah

IKRAB family said...

ribut salji ye kak....boleh main baling2 bola salji nih hehehe.selamat semuanya ye kak.

Salam Maal Hijrah dan thn baru 2009.Allah Bless u anda family.

Anonymous said...

W/salam w.b.t..

pe org kata..masin kata2 aida.. Kira mcm doa diterimalah tu..:).Oh..aida punya pun blh buat aksi horny gak lah ye..hehe...

Ben..
tanya Pok Lah, semua ok..

Sis Ungu..
Boleh sis..anak2 kak mengecek nak gi main, kak tak bg..malas nak bundle-up bebdk tu..pastu bkn tahan main lama2..tgk anak2 jiran main, seronok plk...

Salam Ma'al Hijrah to u too... :)

benludin said...

With a population of only 320,000, this island nation near the Arctic Circle is wallowing in a sea of pain. The currency is shot, the credit no good and the economy shrinking faster than a glacier in an Al Gore video.

iceland dah nazak...
http://www.chicagotribune.com/business/columnists/chi-fri-burns-column-icelandjan02,0,1523895.column

benludin said...

kalau kaji2 inilah janji Allah. Musnahnya bank2 kerana riba.

Anonymous said...

maaf, baru perasan komen deme..
nanti tgk dulu link tu..
lps tu baru leh reply.. :)