3 hari lepas, telefon mak abah. Abah yang angkat telefon. Macam selalu, bila tanya khabar, abah akan jawab.. "bolehlah..". Bila bercakap dengan mak, baru tau cerita sebenar, " bah jatuh lagi, 4 kali dah dalam 2 minggu ni.." .
Stroke.
Bah..
Doktor dah pesan, tak boleh lagi makan makanan yang berlemak macam kari, nasi berkanji, daging merah.. tapi abah payah sangat nak pantang, nak kawal makanan. Depan mak, boleh mak tengok2kan. Tapi bila pegi kenduri, abah capai jugak gulai daging.
"sikit.." abah kata..
Ni dah 4 kali lagi jatuh, sampai siku, belakang badan bercalar, berdarah tergarut dek tembok pagar depan rumah. Kata mak, "alhamdulillah, tak jatuh sambil berdiri macam hari tu".Kalau tidak siapa nak tolong angkatkan cepat2. Mak sendiri nak jalan bawak diri pun kena bertongkat. Tu pun kata mak, ada sekali dia meluru dapatkan bah tak bertongkat.
Baik juga ada abang sorang yang dekat. Cepat2 abang datang, terus bawak abah ke hospital. Hospital Temerloh. Dulu ada Hospital Mentakab. Dekat. 5 minit naik kereta dah sampai. Ni, nuuuun jauh.....
Tu lah kerajaan sekarang (ha.. koi nak mula dah ni... ). Dah 51 tahun merdeka. Temerloh , Mentakab, cuma ada satu (1) je hospital!!. Apalah salahnya biarkan Hospital Mentakab terus beroperasi walaupun dah ada Hospital Temerloh yang lagi besor tu. Nok jimat? Jimat ke benda? Tu yang kerajaan negeri kena bayor 60 juta ke syarikat balok tu apa cerita? Kerajaan tak boleh keluor duit bebanyok. Rakyat tak pe?? Ingat rakyat semua kaya? Ada kereta nok ke Sepito jauh gitu? Dulu belum abang koi yang sorang lg tu belikan mok boh koi kereta, nok tau banyok mana kena bayor pegi balik ke sepito Temerloh? $30 rnggit. Naik kereta sapu. Mende? naik bas? Mok boh koi dah tua..tak rot dah nak naik turun bas. Lutut mok koi ketat ngat dah weh....nok melangkoh bendui pintu pun tak daya... Ha! tu la koi nak kabo, kerajaan yang ada sekarang memang patut sgt dah di tamatkan. Di be end kan. Sesuai dgn nama singkat deme tu. Molek ada sepito Mentakab, dekat dengan rumoh koi, ditutupnya. Dibuat macam kelenek je. Untuk pesakit duk di luor (pesakit luor) je. Tu baru cerita sepito, belum lg koi bukak cerita jembatan kat kampong koi tu. Ni, tahun depan orang Pahang juga bakal jd PM. Jika ada izin Allah jua lah. Koi tak gembira lalu. Sebabnya, tak payoh koi kabo la .. dah memang terkenal sampai ke Mongolia nu ha.....
Bah..
Kenalah pantang. Kalau tak macamana nok sembuh? Bah kata.. "tak payoh bimbang la.." . Kalau bah tak nak anak bah ni bimbang, mintak la tolong bah tengok2, sekat2 selera bah tu. Anak bah ni tak dapat nak balik nak jaga mak bah masa ni. Cuma harapkan abang sekeluarga yang dekat tu je la selalu2 jengok2 kan. Tolong lah bah ye.... sekarang ni tak boleh nak ikut sedap tekak dah. Kena ikut kesihatan pulak. Hari u, lepas balik dari buat scan di KL bah kata doktor ada bagi ubat, tangan kaki dah kurang kebas2nya. sepatutnya sekarang dah makin hilang lah, tapi ni .....
Kalau anak2 kecik boleh kita pegang kaki tangan nak bagi makan. Ni orang tua, bagaimana nak buat? Kata abuzaid, biasa ayah dengar cakap anak perempuan, nampak betul tapi mak bah tak mahu duk lama dengan adik atau kakak. Saya........ :( belum boleh balik lagi. InshaALLAH, kami sedang berusaha ke arah itu...
13 comments:
Kak, spital mentakab msh blh guna utk kes2 tertentu...spt kes sakit gigi hehe. Moga abah kak bykkan rehat. Nti koi gi jenguk dia ek...
HOSPITAL KURANG 1 HAL..
MITOS MENGENAI WAKTU MENUNGGU YANG KONON2NYA 30 MINIT TU PUN 1 HAL..
tiap2 bulan saya bawa mak saya ke Klinik Kerajaan untuk check darah tinggi.. kami sampai jam 8 pagi dan segala urusan akan selesai jam 11 pagi hingga 11.30 pagi.. 30 minit apa benda?
maka WAKTU MENUNGGU 30 MINIT itu sebenarnya KARUT..KHURAFAT..ROSAK AKIDAH kalau kita percaya..
emmm,rata2 klinik or spital kerajaan macm tulah, lagi2 ramai org...pergi subuh2 syapie' balik pulak time org dah abis masak lunch.risau juge dgr citer abah akkak tu.susah juge klu bab mkn ni,selalunye kenduri2 ni mmg ada je mknn yg tak boleh dimakan.
betul tu..aku ada kawan yang kerja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia sejak dari zaman Menterinya yang berbakat dalam dunia LAKONAN tu..
dia bilang dia sendiri pergi klinik swasta sebab tak sanggup tunggu lama di Klinik Kerajaan.. kalau kita pergi sebab demam,mungkin bila tiba giliran kita untuk jumpa doktor,demam tersebut dah mula beransur pulih..
tapi yelah..tak semua org bernasib baik seperti dia yang mampu ke klinik swasta..ye tak? nasib la jadi golongan bawahan macam aku dan mak aku tu..
alooo kak, sini kak sy kat sini..eh kak tak nampak sy? ohhh sebab sy dah selim hehehehe..eh terperasan plak kat blog org hehehe..kak semoga mak abah cepat sembuh!! jgn kata abah akak, sy yg selim ni pun pantang tengok laukss kenduri tambah2 gulai daging yg banyak lomak terapung tu waaahhhh sehingga menjilat talam keh keh keh..kak jgn syusah ati taww..
Wa doakan abah puan diafiatkan Allah.byk2 besabor.
aida..
tq..boleh sgtlah nak gi jenguk2 abah mak kak tu..
mr jawa..
moga ALLAH permudahkan utk mak brader juga.. mmg kita org semekin gini tak de pilihan..nok kabo, abah dulu keje hospital, jd masa kami menunggu kdg2 tak sampai pun setengah jam.. :D.
sis purple..
masa berdoa tu mintak doakan utk abah kak juga..
Byk yg kerajaan kena perati betul2 sebenarnya pasal kemudahan asas rakyat..
sebut shapie ni, terkenang pulak lah dgn rodong kak yg di merapoh tu.. :).
Limo..
Boleh aje nok perasan kat rmh kj ni.. :).slim2 ke selam ke InshaALLAH, kj nampak :). Tak leh la tak susahati mo..
Encik ubi..
ameen...InshaALLAH, koi ingat pesan tuan tu..
brader jawa..
saya add link blog brader boleh kan?
izinkanlah ye..tq.
no problem..
tapi kena la tunggu saya bukak blog sendiri..hahaha..
kome aminkan doa ubilepih...aminnn...:)
brader jawa..
adehhh...kupi ke ni? ingatkan brader jowo pinter.. :D
ben..
tq..
ameen..
ummzaid..
saya jawa peranakan yang tak kurang pinternya..
bro jp..
alhamdulillah.. :)
Post a Comment