First
Minggu ni cuti panjang hujng minggu. 4 hari, mula Jumaat (Good Friday), weekends, dan Senin (easter). Tak keluar ke mana2. Anak2 saya izinkan bermain dengan anak jiran sebelah (Shemoi) dalam pagar. Budak tu kat dalam pagar dia, anak2 saya dalam pagar kami. Budak2 tu borak2 pastu sambung main baling2 bola, 3 lawan 1.
Second
Flashback ke hari Selasa pagi minggu lepas. Megan datang ke rumah for her last homevisit/placement. Datang dengan Julie. Dah tau sebelum ni, bila Megan habis tempoh placement, Julie takkan take over lagi dah. I will be on my own after this, dengan Abuzaid, of course.
Julie bgtau dia ada suprise. Saya tanya, good suprise ke bad suprise? Julie kata, it depends on how saya akan terima berita itu nanti. Mula2 dia tanya, apa komen saya pasal Megan? Saya komen baik aje. She did well, she is very nice, very friendly, know how and what to do when Doloh is not paying attention (Doloh got carried away bila nampak mainan2..dia mula ralit menengok, tak dgr apa Megan cakap), show Doloh appropriate activities, and ..... senang cakap, I have no complaint.
Then Julie kata, homevisiting will be discontinued! What? And she will be laid off too... kesiannya. Julie berkerja di bwh khidmat North York General Hospital. Kali ni kerajaan buat keputusan nak buat cut back, so, Julie kata, dia dgn sorg kwn dia akan diberhentikan. Begitulah, dah 19 tahun bekerja, kena berhenti. Kesian dengan anak2 yg duk dlm senarai menunggu, yg menanti2 peluang dan pertolongan macam yang Doloh dan saya dapat. Memang beruntung kami sempat mendapat khidmat semacam Julie. She was there dari mula kena daftar dengan sekolah, pegi tengok kelas, ikut sama2 dalam mesyuarat, malah sedia pulak datang jemput dan hantar saya untuk ke mesyuarat bila insuran kereta Abuzaid sangkut. Alhamdulillah, atas segala nikmat dan rahmatNya yang diberikan melalui Julie dan Megan.
Sempat saya hidangkan sambusa, mkata thambi(roti mee siput), dan chai untuk mereka.
~ bersambung~ kena gi tidorkan Doloh dulu..