Monday, October 12, 2009

Sudi Bincang2?

Niqab atau purdah, apa hukum pemakaiannya?
a) wajib
b) digalakkan
c) tak payah pakai pun tak pe sbb tak de asas dalam Islam

Mengikut pengetahuan dan kefahaman sendiri, agak2nya yang mana satu jawapan? Ada sesiapa yang sudi menjawab? Silakan.... kalau ada alasannya sekali lagi baik. Jika ada jawapan selain daripada yang saya senaraikan itu pun boleh juga lah. Kita kongsi2 berbincang. Terima kasih.

Saya akan tulis pilihan dan alasan saya di n3 lain, InshaAllah.



Buat sementara waktu, saya letak video youtube ini sekali lagi untuk tatapan kita bersama.

p/s: Sheikha yang dalam video tu dah selamat mendirikan rumahtangga Julai lepas. Masa ni dia mengajar di Abu Dhabi.

Wednesday, October 7, 2009

Lambat Tak Per.....

Assalaamu alaikum..

Masih lagi di dalam bulan syawal, jadinya tak terlambat lagi lah kalau saya nak ucap Selamat Hari Raya.

Kalau nak ikutkan bizi, sampai hari ni pun saya masih bizi. Anak2 dah mula sekolah. Ada yang bersekolah di rumah, ada yang perlu dihantar ke sekolah setiap pagi, jemput untuk makan tengahari di rumah, hantar semula dan jemput lagi bila habis sekolah.

Kepada kengkawan semua.. Intan, TP, sis PC, Az, nenek, Siti (selamat berangkat..), Tuan Tamar, benludin, bro ubi, bro Jawa Peranakan, Pie, eyna, Dalila, Mas, Angah, Along, Ayem, Gg, UmmuMasyitah, Nana, DP, norniz, batik, limau, atin, kaca (apa kabar ca?lama tak de berita), eiza, Jaja, kak hanim, dan lain2 yg mungkin saya terlupa tulis, juga kepada semua pembaca dia (kalau ada .. )..........

TaqabbalAllah minna wa minkum..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MOHON MAAF ZAHIR dan BATIN


jika ada terkasar bahasa, tersalah kata, terusik rasa...

Better late than never, kata omputih... :)