Sunday, August 26, 2012

Salam Eid ul Fitr

Assalamu alaikum.

Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan blogger.

InshaAllah panjang umur saya akan kesini lagi.

Take care. Pegi open house jgn makan sampai se'eh ye.


Thursday, October 27, 2011

Diam

Sometimes we maintain silence just to protect a beautiful relation ..

but we forget that too much of silence ..

creates a distance in every beautiful relation... (bbm from a friend)

Silent mode ..

might lead ..

to the end ..

of the road..

Saturday, August 27, 2011

Nak tunjuk jugak..


minggu lps...

tgh sedap2 mengayam mimpi, tepon bunyi.tgk2, unknown caller.jwb je la, mana tau kot ada panggilan penting...


sini(koi): hello..


sinun: assalamu alaikum kak!tgh buat apa tuuuu...?


tgh bakar lemang ke??(suka sgt koi dgr suara mesra tu..)


sini: tgh anyam ketupat.. (:D)


sinun: kak, ada hajat ni.....


sini: ha! pe dia? (bedebor weh..)


sinun: nak alamat, nak antar lomang..


sini: ...... ye ke, terima kasih byk2..kak nak mintak, maluuuu...


sinun: tau dah akak mesti malu nak mintak tu....


sini: sedih plk rasanya.....terharu...


sinun: ha kak, cptla nak alamat...


sini:ok okeh..


sinun: ok kak, nak gi kejut anak2 nak gi pos opis.. tunggu 6-10 hari ye kak.


sini: terima kasih byk2, terima kasih kat abe gapo jgk ye....


Alhamdulillah, adik koi yang ni teramatlah menangkapnya. koi mmg segan nok mintak sbb tak mboh la menyusahkan dia tapi MashaAllah, dia faham maksud tersirat koi..


Dpt je, petang tu terus rebus 10 biji ketupat palas. Buat nyior rendang, terus merendang. gambor tak de, tak dan nak klik2. sebiji, abu zaid kongsi2 dgn anak2. selebihnya koi mkn. 3 hari baru hbs. alhamdulillah, lps rindu koi ...


Tuesday, August 16, 2011

Tampal, dah lawo...

sebelum...

selepas...
semalam kontraktor datang dan baiki.screw ready-made plaster, tampal sana sikit, sini sikit.. sapu elok bagi lawa, tunggu kering (ltk kipas angin) terus cat. siap dalam 4jam.alhamdulillah.

Saturday, August 6, 2011

Ko....aku tidak....

.hari ni, puasa hari ke 6.dua-dua kereta tu bertemu muncung.masing-masing tak nak mengalah. kereta yang sebelah kiri tu nak masuk ke kawasan plaza.kalau tgk kedudukan, kereta yang nak masuk tu yang salah laluan.orang lain dok hon-hon deme pakat buat dek je.. dua-dua chinese. masing duk diam dlm kerete memasing.ambe tgk mmg tergelak...hehe. tak tau sapa mengalah dulu sbb masa tunggu nak lintas jln nampak kereta yang nak keluar tu lalu... :)

Saturday, July 30, 2011

ramadhan kareem

assalamu alaikum...

semoga semua kengkawan dalam lindungan allah taala (maaf, capital letters command is not working )..

by monday inshaallah, kita akan mula berpuasa. terlalu cepat masa berlalu. pejam celik pejam celik dah nak sampai ke hujung tahun.

semoga kita semua diberikan allah kesihatan dan kesempatan yang baik untuk memperbanyakkan ibadah di bulan yang mulia ini...ameen.

ramadhan kareem.

Tuesday, May 3, 2011

Sad

They rejoicing on our lost..

Bin Laden..

Inna lillaahi wainna ilaihi raajiuun..

Thursday, March 24, 2011

Tak jadi...

pindah....

Manusia merancang, tetapi rancangan Allah juga yg terbaik. Alhamdulillah.

Saturday, February 19, 2011

QSSC Annual Conference

QSSC 24th Annual Conference
February 18th, 19th, 20th and 21st, 2011

Ceramah sedang berlangsung dari semalam (Jumaat Feb 18). Seperti biasa, boleh diikuti secara langsung dari website qssc, InshaAllah.

Monday, February 14, 2011

Basi Basa

Assalaamu alaikum..

Lama tak update blog, cerita lama2 semua dah basi. Update cerita terbaru je..

1. Abang (anak yg duduk jauh) dah selamat balik, alhamdulillah. Abuzaid gi ambil abang sambil balik tgk ayah dia jatuh, patah tulang punggung. Abang dah tinggi dari mak dia ni(pe nak buat, dah maknya kontot).

2. Bulan dpn, InshaAllahu Taala.. Kami pindah rumah. Tak jadi org Tronoh dah. Sekarang ni tgh pelan2 berkemas. Last berkemas dekat 11 tahun lepas. Sure I'm gonna miss this appartment and the neighbors. Di sini sekolah anak2 yg jauh dpt bas sekolah free. Sekolah abang dgn anak dara in walking distance yg tak jauh sangat la kena menapak. Kat tempat rumah baru, setakat ni, semua sekolah dlm jarak menapak jg tapi taklah dokek (dekat..) bebenor.. Anyway, koi kena berfikiran positip..alhamdulillah ala kulli haal.. Pray for us please... JazakAllah kheir.

Saturday, January 1, 2011

Tahun Baru 2011

Syukur alhamdulillah ke atas limpah kurniaan Allah Taala dipanjangkan usia,dapat menghirup udaraNya, berjalan di atas muka bumiNYa, menikmati kehidupan bersama2 suami dan anak2 yang amat saya sayangi dan cintai menjelang 2011. Dapat juga "mengintai" keadaan kawan2 menerusi dunia cyber. Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari hidup ini. Semoga kehidupan kita akan sentiasa diberkatiNya dan berterusan diatas "jalan" yang diredhaiNya.. ameen.

Wednesday, November 3, 2010

Masuk

Bismillah... assalaamualaikum..



(google)

Sapu sawang dulu..

Sunday, August 8, 2010

Ramadhan Mubarak


Tidak ingin melepaskan peluang, inshaAllah 2 atau 3 hari lagi kita umat Islam akan menyambut bulan yang penuh barakah. Semoga kita diberikan kesempatan dan kesihatan yg baik oleh Allah Taala untuk memenuhi bulan Ramadhan ni dengan amal2 ibadah. Selamat berpuasa kepada semua kawan2 blogger, semoga puasa dan segala ibadah kita akan diterima Allah S.W.T.

Sunday, July 11, 2010

Bayar Hutang

Berhutang dengan ayohchu dan ummiechu shima. Kena paksa bayor (baca..update blog).



1. Apa yang bermain di fikiran anda sekarang ini?
Nak jwb tag ni..

2. Apakah nama samaran anda ?
ummzaid, june, zeem..

3. Berikan tiga (3) orang yang anda sayang ?
3 aje? saya ada ramai di dlm hati....

4. Panggilan untuk si dia?
Dia tu siapa? Ok, i know.... "Ba.." .

5. Hadiah yang anda impikan daripada seseorang yang istimewa ?
Nothing...tapi kalau dpt gelang, cincin, earing omeh ke, ai suker.... :)

6. Blog manakah yang anda suka lawati ?
Banyak.. tapi daily visits termasuk yg dlm my blog list.

7. Tag kan kepada 15 orang rakan blogger anda ?
Saya nak tag sorg je ....... The lucky winner is.......... batek!!!!!

Langsai dah hutang koi ayohchu.. !!

Friday, June 4, 2010

Honey Bunch


Pagi tadi, tengah duduk2, kedengaranlah bunyi piano dari rumah jiran kat atas..

Doloh: Mama, did you hear that?

Me: Dengar, what is that?

Doloh: ???

Me: It's p....

Doloh: Peanut!!

Me: Hehehe....
No, that is pia....

Doloh: no!!!!

Me: Yes!!

Kengkdg mmg tak tahan nak tergelak bila Doloh buat lawak sepontan gitu. September depan dia akan ke sekolah baru. Alhamdulillah, tak sejauh sekolah Miss Heather mengajar. Kelas MID program. Dah pergi tengok, kiranya kelas Doloh adalah program pilot untuk sekolah itu. Good thing is, sorang classmate Doloh sekarang akan berada di kelas yang sama juga. Doloh kata dia tak nak gi sekolah baru, dia nak gi sekolah Miss Heather juga.

September, Doloh masuk darjah 1, which means...fullday dari pagi sampai petang. Sebenor2nya, saya yang nervous sbb my honey bunch tu pandai ke dia urus diri sepanjang hari di sekolah? Miss Heather kata, kat sekolah, Doloh sgtlah independentnya dan cikgu sekolah baru pulak kata, jgn bimbang, nanti adalah cikgu2 yg akan perhati dan tolong. Risau juga ni... dan juga for sure I will miss my "Doloh busuk" (Doloh akan sebut sendiri busuk tu.. :D )..
Gambar- yg muda tu Megan dan yg sorg lg tu lah Julie....

Saturday, May 1, 2010

Sheikh Al-Anbari (hari ini dan esok)



Saturday May 1st and Sunday May 2nd Schedule

2:00 pm to 4:30 pm: Lecture
4:30 pm to 5:45 pm: Lunch Break
5:45 pm to 6:00 pm: Asr Prayer
6:00 pm to 8:00 pm: Lecture
8:25 pm to 8:35 pm: Maghrib Prayer
8:45 pm to 9:45 pm: Lecture

Live video broadcast here.

Wednesday, April 28, 2010

Sambung Sekejap..

Alkisahnya, di suatu hari, dlm pukul 11:40am, saya dengan Doloh sedang menanti bas sekolah. Sambil menanti dan menunggu, saya baca2 dulu la mende alah kat bwh ni..



Tetiba..

Old Man (OM): Which nation are you from? I'm from Jamaica. (Dia ckp slow2 tapi accent Jamaican dia ketara sgt).

Me: I'm from Malaysia.

OM: Malaysia? I live here at number 15. I am a composer. I'm going to sing you a song.

Me: Okay.. (dlm hati-is this my lucky day or my disaster day? :D- malunya rasa, tp tak sampai hati nak tolak..)

OM: lalalalala... Lord..you come..lalala....




(jgn tanya apa yg dinyanyikan sbb saya faham sepatah dua je, Aksen kuat, tambah pulak dia tak de gigi... :)- tgk gambar dia tu. Byk perkataan berdebus2 dan berlepek2bunyinya-wpun dia sedaya upaya nampak gayanya-tengoklah gambar tu sampai pejam2 mata. Saya byk tunduk, pandang Doloh- Doloh pun tersengih2 dengar org tua tu menyanyi. Tak boleh lupa dgn sengehan Doloh- buat saya tersenyum sendiri.. :))

OM: I'm going to sing you another song...

Me: Okay .. (dlm hati...adui laa... )

OM: Lalalalala......
(dgr bunyi mcm lagu yg sama je. tgh dia nyanyi yg lagu ke2 ni saya teringat nak ambik gambar. saya hala kamera hp kat dia, dia buat tak kisah je, saya pun snap je la...)

Arakian, bas pun sampai..

Me: excuse me, we have to go..

OM: you going?

Me: Yes..

(dah siap ltk beg Doloh-say hai2 dgn drebar bas (dia yg lekatkan talipinggang keledar setiap hari utk Doloh) pastu bai2 kat Doloh, saya turun bas tunggu sampai bas pergi.)

OM: Oh..I thought you are going too..

Me:No, I'm going home..

Tak cakap pun terimakasih. Tak ingat, sbb rasanya saya pun jd mcm nervous-first time org nyanyi semata2 utk saya tu.. )

Orang tua tu baru je pindah ke housing ni. Boleh kata hari2 selisih dgn dia. Memang dia menyanyi sokmo- yang saya perasan lagu Billie Jean.
Saya ada bgtau ayoh chu psl OM ni, ayoh chu tanya, tak de dia mintok duit lps tu? :D.. tak de lah sbb rupa2nya dia memang suka menyanyi kat org perempuan.

Tuesday, April 27, 2010

Sekejap..


Bukan saja bersawang, berabuk dah rumah saya ni, lalang pun gamoknya dah tinggi dari rumah. Nak tulis banyak, panjang, virus M masa ni tengah bermaharajalela. Vitamin R tak jumpa lagi.


Bila ntah nak jumpa...




Nak bagitau kepada rodong2 yg rajin, selalu, sekali-sekala sms saya, minta maaf, kita dah tak boleh bersms lagi. Saya tukar carrier. Malangnya, dengan carrier ni saya tak leh terima sms. Hantar boleh, tapi tu pun jenuh menerai.




Jadi, kalau ada apa2 nak bagitau, nak tanya kabar, atau nak bgtau deme rindu ke kome (macam ade.. ), kabor di sini je lah nampok gayanya. Tidak pun email, YM, dan juga boleh aje guna mukasurat buku.




Saya dah mengantuk sgt ni. Saya tinggalkan gambar ini untuk tatapan kengkwn..